Buku 'Khatam al-Quran dan Permasalahan Berkaitannya'

Buku 'Khatam al-Quran dan Permasalahan Berkaitannya'
 

Pengenalan

Buku ini diterbitkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Negeri Sembilan Darul Khusus dengan diberikan kata-kata aluan oleh Yb SS Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad, Mufti Kerajaan Negeri Sembilan (salah seorang penyemak) dan Tan Sri Dato' Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad, Imam Besar Masjid Negara (salah seorang penyemak). Ia mengandungi 150 muka surat bercetak yang membahaskan permasalahan berkaitan khatam al-Quran.

Buku ini mengandungi 11 kandungan utama meliputi;

1) Pendahuluan
2) Pengertian
3) Dalil dan kelebihan
4) Keadaan salafus soleh
5) Rekod kegigihan salafus soleh
6) Perkara-perkara yang dianjurkan semasa khatam (8 sub topik)
7) Permasalahan hukum-hakam yang berkaitan khatam (13 sub topik)
8) Doa khatam (8 doa)
9) Rujukan
10) Adab-adab khatam
11) Kaifiyyah khatam
12) Surah-surah khatam

Rujukan utama buku ini berjumlah 93 buah kitab merangkumi beberapa disiplin ilmu Islam iaitu feqah, qiraat, tajwid, biografi tokoh, hadis, ulum al-Quran, tasawwuf, tafsir dan tauhid.

Kata-kata Tokoh

"Pada hemat saya, setiap orang sepatutnya memiliki buku ini kerana terlalu banyak manfaat di dalamnya. Bahkan, dalam majlis khatam al-Quran di masjid, surau atau di mana sahaja, maka kaifiyat yang teratur dan lengkap seperti yang terkandung di dalam buku ini boleh dijadikan panduan dan rujukan."- Yb SS Dato' Hj. Mohd Yusof bin Hj. Ahmad

"Saya melihat masih belum ada karya yang membahaskannya (khatam al-Quran) secara menyeluruh dan terperinci. Sehubungan dengan itu, saya berpendapat buku ini begitu sesuai dijadikan rujukan dan panduan kepada guru-guru al-Quran, para pembaca dan pencinta al-Quran dalam melaksanakan ibadat khatam al-Quran berlandaskan panduan nabawi dan salafus soleh yang terdahulu. Saya juga merasakan bahawa sewajarnya buku ini dimiliki oleh setiap individu muslim yang inginkan panduan serta pedoman dalam membaca al-Quran."- Tan Sri Dato' Syaikh Hj. Ismail bin Muhammad

Mudah-mudahan sedikit maklumat yang dikongsikan di dalam buku ini mampu meraih keredhaan Allah Taala dan memberi manfaat kepada semua umat Islam khususnya kepada pencinta-pencinta al-Quran.

Buku ini boleh diperolehi dengan harga RM 15 senaskah di alamat berikut:

Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan,
Tingkat 1 (kedai buku JMKNNS),
Bangunan SUK Lama, Jalan Dato' Hamzah,
70990 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel : 06-7652416
Fax : 06-7652427

0 Comment "Buku 'Khatam al-Quran dan Permasalahan Berkaitannya' "

Post a Comment

Thank you for your comments