Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴 Soalan:
SERTU atau SAMAK?
Jika pelapik dalam kasut terdapat titik 3 sperti kulit 🐷 (cuma tidak dpt disahihkan betul atau tidak) pada sepasang kasut kanvas, yg diragui HANYA pada pelapik sahaja tetapi tidak pada kasut kanvas tersebut maka, tindakan yg diambil buang pelapik itu & diganti baru. Keadaan keduanya KERING.
- Adakah perlu sertu kasut tersebut?
- Jika perlu, tetapi telah memakainya adakah kaki perlu disertu?
Jawapan kami;
Kalau diyakini kulit tersebut diperbuat daripada kulit babi, maka terbahagi kepada dua keadaan;
- Kedua-dua pihak dalam keadaan kering, maka tidak wajib disertu
- Salah satu pihak basah atau kedua-duanya basah, maka wajib disertu ikut pendapat yang muktamad (Hasyiah al-Tarmasi 129/2).
Namun, sekiranya tidak diyakini kulit tersebut diperbuat daripada kulit babi, maka pada asalnya ia adalah suci. Berdasarkan kaedah fiqh;
الْيَقِينُ لا َيزالُ بِالشَّكِّ
"Keyakinan tidak dihilangkan oleh syak."
Wallahu a'lam
oleh Ustaz اليسع
USRAH SOLAT DAN Q&A Ibadah
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Spekulasi Kulit Babi : Keyakinan Tidak Dihilangkan Oleh Syak"
Post a Comment