Sunat Berdoa Selepas Bacaan Tahiyat
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴 Soalan.
assalamualaikum..adakah disunnahkan membaca doa kepada kedua ibu bapa, jauh dari azab kubur, fitnah dajjal selepas bacaan tahiyyat? Jika terdapat doa ini,boleh ia dibaca dengan kuat?
✅ Jawapan kami.
Wa alaikum salam.
Disunatkan untuk kita memanjatkan doa kepada Allah swt selepas bacaan tahiyyat.
Doa yang dipohon itu baik doa yang ma'thur daripada Nabi sallallahu alaihi wassalam ataupun tidak.
ويسن الدعاء بعد التشهد وقبل السلام:
اللهم إني أعوذبك من عذاب جهنم، ومن عذاب القبر، ومن فتنة المحيا والممات، ومن شر فتنة المسيح الدجال ومن المغرم والمأثم، اللهم اغفرلي ما قدمت وما أخرت وما أسررت وما أعلنت وما أنت أعلم به مني أنت المقدم وأنت المؤخر لا إله إلا أنت.
Maksudnya:Disunatkan berdoa selepas tasyahud dan sebelum salam. (Doa adalah seperti yang tercatat)
(Taqrirat As-Sadidah li Syeikh Hasan Al-Kaf)
Dan boleh juga didoakan secara doa yang umum seperti:
اللهم اغفر لنا ولوالدينا ولمن سبقنا بالإيمان مغفرة عزما
(Fiqh Islami Wa Adillatuha li Dr Wahbah Zuhaili)
Bacaan-bacaan ini boleh dibaca secara kuat&ianya tidak membatalkan solat kerana termasuk daripada doa-doa yang dibenarkan.
ولا تبطل بالذكر والدعاء
Maksudnya: Tidak batalnya solat dengan berzikir dan berdoa.
(Minhaj Tolibin li Imam Nawawi)
Wallahu a'lam
Oleh Ustaz Aizuddin @AyyuziAlUsimi
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Sunat Berdoa Selepas Bacaan Tahiyat"
Post a Comment