Rambut Muslimah Terzahir Ketika Solat




Dari Group Usrah Solat : Q&A (MSO-D7)


🔴 Soalan 1:


maksud mesti dahi kena sejadah?.. bagaimana jika telekung tu bawah sikit ank rambut..tapi rambut nampak.. mcm mana ?

🔴Jawapan kami;

Salah satu syarat sah sujud adalah;

وأن تكون جبهته مكشوفة سفينةالنجا
"Dahi mestilah terbuka"

Manakala aurat perempuan semasa solat adalah seluruh tubuh badannya melainkan muka serta tapak tangan depan dan belakang termasuklah rambut dan tapak kakinya. Oleh itu, jika rambut atau tapak kakinya terdedah/terzahir walaupun sedikit ketika sedang solat, maka batallah solatnya.
(Al-Baijuri 211/1)

Wallahu a'lam.

🔴Soalan 2:

Assalamualaikum, saya nak tanya.. situasi dia macam ni.. saya baru lepas habis solat... lepastu baru terperasan ada sehelai rambut terkeluar.. macam mana tu ? sah x solat saya ?

🔴Jawapan kami;

Solat tersebut tidak sah dan ia perlu diulang (al-Baijuri).

Wallahu a'lam.


oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Rambut Muslimah Terzahir Ketika Solat"

Post a Comment

Thank you for your comments