Hadith Selamatkan Dari Azab Dengan Tahlil 70 Ribu Kali
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
Berkenaan dengan kisah yang dibawa oleh Syah Waliyullah rah. dalam Al Qaulul Jamil, disebut oleh Syaikhul Hadis Maulana Zakariyya rah.. dalam kitab Fazilat Zikir akan satu kisah al İmam Al Qurtubi yang menceritakan tentang seorang anak yang menyelamatkan ibunya dari siksa atau azab neraka dengan mensedekahkan bacaan 70,000 kali tahlil, soalannya :
1. Adakah imam Al Qurtubi yang dimaksudkan sohibul Tafsir Al Qurtubhi.
2. Berkenaan penampakan siksa neraka sebelum daripada berlakunya hisab dan mizan, adakah yang dinampakkan itu adalah gambaran atau ramalan apa yang akan berlaku atau ianya penampakan hakikat yang sedang berlaku.
mohon pencerahan.
Jawapan:
1. Al Qurtubi yang disebutkan di situ ialah Syeikh Abu Yazid al-Qurtubi, ada juga yang menyebut Abu Zaid al-Qurtubi, sedangkan sohibu Tafsir al-Qurtubi namanya lain iaitu Imam Abu ‘Abdillah al-Qurtubi. Namun, Syeikh Ibn ‘Arabi menyebut dalam al-Futuhat al-Makkiyyah bhw berlakunya kisah pada Syeikh Abu al-Rabi‘ al-Kafif al-Maliqi, bukannya pada Syeikh Abu Yazid al-Qurtubi. Wallahu a‘lam.
2. Seksa neraka belum berlaku. Boleh jadi yang dinampakkan itu adalah gambaran apa yang akan berlaku, bukannya penampakan hakikat. Kerana pemuda itu melihat ibunya di dalam neraka dan kemudian melihat ia dikeluarkan daripadanya, tanpa menyebut adanya seksaan. Atau boleh jadi ia adalah azab kubur. Wallahu a‘lam.
Syeikh Ibn Taimiyyah pernah ditanya tentang hadis: “Orang yang bertahlil 70,000 kali dan menghadiahkannya kpd si mati, maka ia akan menjadi kelepasan bagi si mati daripada api neraka”, adakah hadis sahih atau bukan…?
Jawabnya: “Jika seorang insan bertahlil demikian, 70,000 kali atau kurang atau lebih, dan menghadiahkannya kpd si mati, Allah akan memberikan manfaat kepadanya dengan sebab itu. Namun, ini bukan hadis sahih mahupun hadis daif. Wallahu a‘lam.” (Majmu‘ al-Fatawa, 24/ 323)
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Hadith Selamatkan Dari Azab Dengan Tahlil 70 Ribu Kali"
Post a Comment