Ulasan Isu Hadith Fadhilat Surah al-Kahfi Hari Jumaat dan Manhaj Mutaqaddimin
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Muslim
Isu ini berlatarbelakangkan perbezaan manhaj antara kumpulan ulama dalam hadis, dan semakin hangat pada masa kini. Dulu antara manhaj muhaddisin dan muhaddisin fuqaha, sekarang ni timbul manhaj mutaqaddim dan mutakhirin. Hadis ini boleh dijadikan contoh.
Para muhaddisin fuqaha tidak mengambil kira syaz dan illah atau boleh dikatakan berbeza dengan muhaddisin dalam penentuannya. Kata imam al Zahabi :
الحديث الصحيح:
هو ما دَارَ على: عَدْلٍ ، مُتْقِنٍ، واتَّصَل سَنَدُه. فإن كان مُرسَلاً، ففي الاحتجاج به اختلاف. وزاد أهلُ الحديث: سلامتَهُ مِن الشذوذِ، والعِلَّة. وفيه نَظَرٌ على مُقتَضَى نظر الفقهاء، فإنَّ كثيراً من العِلَل يأبَوْنها.
Lafaz 'hari jumaat' dinilai syaz oleh golongan manhaj mutaqaddim kerana berbeza dengan riwayat perawi lain iaitu Suffian dan Syu'bah. Bagi sesetengah fuqaha, itu bukan perbezaan tapi penambahan dalam matan hadis oleh riwayat Husyaim. Penambahan oleh perawi thiqhah di terima oleh fuqaha. Ini kerana falsafah di sebalik hukum fiqh berbeza dengan pandangan muhaddisin semata-mata terhadap hadis. Ini telah disuarakan oleh ibnu Daqiq al I'd.
Kononnya manhaj mutaqaddim di Malaysia ini banyak dimasyhurkan oleh Dr. Fathi. Sebenarnya apa yang dibawa olehnya hanyalah copy paste dari kajian golongan yang mendakwa mereka ini bermanhaj mutaqaddim dari negara arab. Golongan ini adalah pecahan dari salafi wahabi.
Seperkara lagi, sunat baca surah al Kahfi telah pun dinyatakan oleh ulama silam kerana hadis, bukan semata-mata kelebihan khusus. Ini disebut sejak awal oleh imam Syafie dalam Al Umm dan imam Ahmad. Ini ada kaitan dengan manhaj Fuqaha. Walaupun pada penilaian ulama 'pure' hadis ada masalah. Jika doa atau kata kata ulama yang elok dan berhikmah mereka boleh 'rekomen', apatah lagi dengan hadis nabi atau sahabat.
Penilaian ibnu Hajar sebahagian daripada perbezaan ini. Kita ahli sunnah mudah sahaja, kita bertaqlid kepada ulama. Ibnu Hajar tentunya ulama mujtahid dalam bab ini. Maka, tiada masalah. Lebih lebih lagi ia memang disarankan oleh ulama terdahulu dan masa kini. Golongan manhaj mutaqaddim tidak ambil kira penilaian ulama mutakhirin termasuk Ibnu Hajar, al Zahabi, Iraqi dan sewaktu dengannya termasuk Albani dan seangkatan. Sebab jika tulisan mereka diperhatikan, nama Albani hampir tiada bahkan dikritik. Oleh itu, geng salafi wahabi yang asal tidak berapa suka sebab tolak ulama mereka. Kesimpulannya, penilaian mujtahid seperti ibnu Hajar dan saranan ulama sudah cukup kecuali bagi yang nak jadi mujtahid.
Sekadar ulasan. Wallahualam
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Ulasan Isu Hadith Fadhilat Surah al-Kahfi Hari Jumaat dan Manhaj Mutaqaddimin"
Post a Comment