Permulaan (مَبَادِي) ilmu



Dari Group Nota Aqidah Kita (ASWJ) MSO D22 - Perkongsian Ustaz اليسع




Perkataan mabadi (مبادي) adalah jamak daripada mabdak (مَبْدَأ) ertinya punca atau mula terbit. Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan suatu ilmu yang perlu diketahui sebelum mempelajarinya.

Sayugia sebelum kita mempelajari sesuatu ilmu hendaklah kita mengetahui mabadi/permulaan ilmu yang kita hendak pelajari.

Permulaan ilmu ada sepuluh

Setiap ilmu yang kita pelajari ada permulaannya.  Maka permulaan setiap ilmu ada sepuluh perkara sepertimana yang disebut dalam sebuah ungkapan syair;

إن مبادى كل فن عشرة 
الحد والمضوع ثم الثمره

وفضله ونسبة والواضع
 والاسم الاستمداد حكم الشارع

مسائل والبعض بالبعض اكتفى
ومن درى الجميع حاز الشرفا

Permulaan tiap-tiap ilmu ada sepuluh;

1) Pengenalannya
2) Tajuk perbahasannya
3) Faedah mempelajarinya
4) Kelebihannya
5) Bandingannya dengan ilmu yang lain
6) Orang yang mula-mula membukukannya
7) Namanya
8) Tempat keluar (sumber rujukan)
9) Hukum syarak mempelajarinya
10) Permasalahan yang dibahaskan

Mabadi Ilmu Tauhid.

1) Tauhid pada bahasa, mengetahui suatu itu tunggal. Tauhid pada istilah, ilmu yang membahaskan mengenai akidah menurut agama dengan dalil-dalil yang diyakini atau ilmu penyelidikan tentang akidah menurut agama dengan keterangan yang diyakini.

2)  Tajuk perbahasan ilmu ini ialah zat الله dan segala rasul iaitu membahaskan perkara wajib, mustahil dan harus pada akal bagi تعالى الله dan segala rasul. Juga membahaskan tentang alam ini dengan sekira-kira ada yang menciptanya.

3) Faedah mengetahui ilmu ini adalah supaya mengenal segala sifat الله dan segala sifat rasul dengan dalil-dalil yang tidak dapat disangkal dan memperolehi kemenangan dengan kebahagian yang berkekalan.

4) Ilmu ini terlebih mulia daripada segala ilmu kerana ia membahaskan zat الله dan segala rasulnya.
5) Ilmu ini merupakan asas segala ilmu dan ilmu yang lain sebagai cabangnya.

6) Orang yang mula-mula mengumpul dan membukukannya adalah Abu Hasan al-Asy'ari dan Abu Mansur al-Maturidi.

7) Ilmu ini dinamakan ilmu tauhid, ilmu kalam, fiqh al-akbar dan ilmu usuludin.

8) Tempat terbit (sumber ambilan) ilmu ini daripada al-Quran, hadis dan akal

9) Hukum mempelajarinya adalah fardu ain (fardu bagi setiap orang Islam yang mukalaf mengetahuinya)

10. Masalah yang dibahaskan adalah perkara yang wajib, harus dan mustahil pada zat الله (Ilahiyyat-ketuhanan) dan rasul-rasul (Nubuwwat-kenabian) dan membahaskan perkara yang didengar daripada wahyu yang dibawa oleh Nabi sollallahu alaihi wa sallam (Sam'iyyat-perkara ghaib).
والله أعلم

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Permulaan (مَبَادِي) ilmu"

Post a Comment

Thank you for your comments