Hadith Panji-panji Hitam di Akhir Zaman
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan berkaitan hadith panji-panji hitam di akhir zaman:
Jawapan:
Teks khabar tersebut ialah:
أخرج نعيم بن حماد في كتاب الفتن: حدثنا الوليد ورشدين عن ابن لهيعة عن أبي قبيل عن أبي رومان عن علي بن أبي طالب رضى الله عنه قال: إذا رأيتم الرايات السود فالزموا الأرض فلا تحركوا ايديكم ولا أرجلكم، ثم يظهر قوم ضعفاء لا يؤبه لهم، قلوبهم كزبر الحديد، هم أصحاب الدولة، لا يفون بعهد ولا ميثاق، يدعون إلى الحق وليسوا من أهله، أسماؤهم الكنى ونسبتهم القرى، وشعورهم مرخاة كشعور النساء، حتى يختلفوا فيما بينهم، ثم يؤتي الله الحق من يشاء.
Maksudnya:
Dikeluarkan oleh Nu'aim bin Hammad dlm Kitab al-Fitan: al-Walid dan Risydin mengkhabarkan kepada kami daripada Ibnu Lahi‘ah daripada Abu Qabil daripada Abu Ruman daripada ‘Ali bin Abi Thalib ra. ia berkata:
“Jika kamu menyaksikan panji-panji hitam, maka tetaplah kalian di tanah (tempat sendiri) dan janganlah kamu sekalian menggerakkan tangan dan kaki kamu. Kemudian, akan muncul suatu kaum yang lemah yang asalnya tidak dihiraukan, hati mereka bagaikan kepingan besi waja. Mereka adalah pemilik daulah (negara), mereka tidak menepati kepada perjanjian dan kesepakatan, mereka mengajak kepada kebenaran, tetapi mereka bukanlah daripada ahlinya. Nama-nama mereka berbentuk nama-nama jolokan (bermula dgn ‘Abu’) dan nisbah mereka pula adalah kepada daerah-daerah (Iraqi, Suri, Aljaza’iri, Malizi dll). Rambut mereka berjurai bagaikan rambut kaum wanita, sehinggalah mereka berselisih di antara sesama mereka sendiri. Kemudian Allah memberikan kebenaran kepada sesiapa yang Dia kehendaki.”
Khabar ini adalah kata-kata Saidina ‘Ali RA. Kemungkinan beliau mengambilnya daripada Rasulullah SAW juga boleh jadi kerana ia termasuk perkara ghaib (akan datang). Meskipun, sanad khabar ini dikatakan lemah, namun saya masih hairan ketepatannya dgn kemunculan kumpulan IS pada masa sekarang & ciri-ciri yang disebutkan itu. Sedangkan khabar ini sudah terrakam sangat lama di dlm kitab Nu'aim bin Hammad (w. 228 H) sejak kurun ke-3 Hijrah..
Wallahu a‘lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Hadith Panji-panji Hitam di Akhir Zaman"
Post a Comment