Hukum Tawassul




Dari Group Nota Aqidah Kita (ASWJ) MSO D22 - Perkongsian Ustaz اليسع


Ulama Deoband berpendapat:

Hukum bertawassul dengan para Nabi dan wali Allah adalah HARUS sama ada ketika hidup mahupun setelah wafat. Berikut adalah buktinya,

Soalan Ketiga dan Keempat:

Adakah harus seseorang bertawassul dengan Nabi SAW dalam doanya selepas Baginda SAW wafat, atau tidak?
Adakah harus di sisi kamu bertawassul dengan salafussoleh daripada para Nabi, syuhada', siddiqin dan wali2 Allah Tuhan sekalian alam?

Jawapan:

Di sisi kami dan di sisi masyaikh kami, bertawassul dalam doa dengan para Nabi dan orang2 soleh daripada wali2, syuhada' dan siddiqin sama ada semasa mereka hidup atau mati adalah HARUS, dengan mengatakan dalam doa: Ya Allah, aku bertawassul kepada Engkau dengan fulan agar Engkau mengkabulkan doaku dan menunaikan hajatku dan sebagainya, seperti mana yg dijelaskan oleh Syeikh kami Maulana Shah Muhammad Ishaq Ad-Dehlawi Al-Muhajir Al-Makki, kemudian dijelaskan juga oleh Syeikh kami Maulana Rasyid Ahmad Al-Gangohi dalam fatwanya -semoga Allah merahmati mereka berdua- dan pada zaman skg, fatwa itu masyhur di kalangan org ramai. Masalah ini telah pun disebutkan dalam muka surat 93, jilid pertama fatwa tersebut. Sesiapa yg mahu maka hendaklah dia rujuk kepadanya"

(Al-Muhannad 'Ala Al-Mufannad, karangan Al-'Allamah Al-Faqih Al-Muhaddith Maulana Khalil Ahmad As-Saharanfuri, pengarang Kitab Bazlul Majhud, syarah Sunan Abi Daud)

*Kitab ini dikarang untuk menjelaskan bahawa Aqidah dan pendirian sebenar ulama aliran Deoband ialah Ahli Sunnah Wal Jamaah, bukannya wahabi. Sungguh aneh apabila ada yg mengaku beraliran Deoband tetapi mengutarakan fatwa yang berbeza dengan pendirian mereka, tindakan seperti ini boleh mendatangkan fitnah terhadap para ulama Deoband.

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Hukum Tawassul"

Post a Comment

Thank you for your comments