Tafsir Ayat Dosa Syirik Lebih Besar Dari Membunuh




Dari Group Nota Aqidah Kita (ASWJ) MSO D22 - Perkongsian Ustaz Abu Nur

Tafsir Quran

Firman Allah Ta^ala:

والفتنة أشد من القتل

Maknanya: "Dosa syirik itu lebih besar daripada membunuh" [Surah al-Baqarah, ayat 191]


Para ulama mentafsirkan "Fitnah" (Perkataan ini bahasa Arab) dalam ayat 191 surah al-Baqarah dengan makna kekufuran dan kesyirikan; iaitu kesyirikan dan kekufuran itu adalah dosa yang lebih besar daripada pembunuhan. Hal ini adalah kerana syirik itu dikira sebagai sebesar-besar kezaliman.

Imam Fakhruddin al-Razi telah menukilkan di dalam al-Tafsir al-Kabir daripada Ibn ‘Abbas, bahawa beliau berkata:

🌿“Sesungguhnya yang dikehendaki dengan perkataan "al-fitnah" tersebut adalah kekufuran terhadap Allah Ta‘ala. Sesungguhnya dinamakan kekufuran dengan ungkapan al-fitnah disebabkan kerosakan yang terhasil daripadanya membawa kepada berlakunya kezaliman dan pembunuhan di atas muka bumi ini dan sudah  tentu padanya terdapat fitnah"🌿

🍃 Perkataan fitnah (di dalam ayat ini) bukanlah bermaksud seseorang itu melakukan penipuan atau kerosakan di antara dua pihak itu dikira lebih buruk daripada membunuh orang Islam secara zalim. Bahkan sesiapa yang menyakini sedemikian itu maka sungguh dia telah membinasakan dirinya wal-^iyazubiLlah"🌿


🍂🌻🍂🌻🍂🌻🍂🌻🍂

📚Rujukan:
🔹al-Tafsirul-Kabir, j. 5, hlm. 288.
🔸Tafsir al-Tobari, j. 2, hlm. 191.
🔹Tafsir al-Nasafi, j. 1, hlm. 158.
🔸^Umdatur-Raghib, hlm. 368.

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Tafsir Ayat Dosa Syirik Lebih Besar Dari Membunuh"

Post a Comment

Thank you for your comments