Hadith Maudhu' : Bahagian 1



Dari Group Bicara Hadith MSO-D1 - Perkongsian dari Ustaz Alyasak Berhan

Disediakan oleh Ust. Husin bn. Abdul Kadir

HADITH MAUDHU’ الحديث الموضوع

بسم الله الرحمن الرحيم …

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله وعلى آله وأصحابه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين، أما بعد …

Risalah kecil ini adalah untuk membetulkan beberapa fahaman yang membingungkan masyarakat islam pada kurun ke-14 Hijriah ini, iaitu berkenaan hadith maudhu’. Pihak yang tidak bertanggungjawab suka melarang amalan-amalan islam yang mempunyai asal itu dengan menggunakan taktik memaudhu’kan hadith terhadap hadith hasan dan dhaif.Taktik-taktik sedemekian itu mendorong ke arah memecahbelahkan umat islam. Di sini saya ingin memberi penjelasan mengenai fahaman patut berpegang teguh berdasarkan sikap tidak melampau.

DEFINISI HADITH MAUDHU’:

Hadith yang diada-adakan terhadap nabi baik berupa perkataan, perbuatan, pengiktirafan mahupun lain-lainnya dengan sengaja.


CARA-CARA PEMBUATAN HADITH MAUDHU’:

1) Perawi membuat sesuatu perkataan daripada dirinya sendiri.

2) Perawi mengambil perkataan orang lain.


SEBAB-SEBAB YANG MENDORONG PEMBUATAN HADITH MAUDHU’:

1) Menimbulkan kekacauan dalam agama islam.

2) Tidak tahu tentang hal-ehwal hadith.

3) Untuk membela kebenaran kefahamannya.

4) Untuk memperoleh kekayaan.

5) Mengikuti kehendak pembesar-pembesar supaya dapat mendampingi mereka.

6) Untuk menarik perhatian orang.

Bersambung....

0 Comment "Hadith Maudhu' : Bahagian 1"

Post a Comment

Thank you for your comments