Hukum Menyiram Air dan Menabur Bunga Atas Kubur (Disediakan oleh Ust Alyasak) |
Nabi SAW bersabda:
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهما قَالَ : مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ ، فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( يُعَذَّبَانِ ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ، ثُمَّ قَالَ : بَلَى ، كَانَ أَحَدُهُمَا لا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ ، وَكَانَ الآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ، ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ ، فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً . فَقِيلَ لَهُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا ؟ قَالَ : لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا (رواه البخاري 216 ومسلم 292)
Ertinya : Daripada Ibnu Abbas R.A., beliau mengatakan, Nabi SAW melintasi sebuah tembok daripada tembok-tembok di Madinah atau Mekah, lalu baginda mendengar suara dua orang manusia yang sedang diseksa di dalam kubur mereka, maka Nabi S.A.W mengatakan, “Kedua-duanya sedang disiksa, tetapi bukan kerana dosa besar. Bahkan yang seorang tidak menyucikan daripada kencing dan seorang lagi tukang fitnah.” Kemudian Nabi S.A.W menyuruh supaya mengambil pelepah tamar yang masih hijau lalu dibelah dua. Kemudian masing-masing diletakkan pada setiap perkuburan. Ada yang bertanya, Ya Rasulullah kenapa engkau lakukan ini? Jawab Baginda, “Mudah-mudahan keduanya dapat meringankan siksaannya selama belum kering. (Muttafaqun ‘alaihi)
Disebutkan oleh oleh Syeikh Nawawi al-Bantani dalam Nihayah al-Zain :
وَيُنْدَبُ رَشُّ الْقَبْرِ بِمَاءٍ باَرِدٍ تَفاَؤُلاً بِبُرُوْدَةِ الْمَضْجِعِ وَلاَ بَأْسَ بِقَلِيْلٍ مِنْ مَّاءِ الْوَرْدِ ِلأَنَّ الْمَلاَئِكَةَ تُحِبُّ الرَّائِحَةَ الطِّيْبِة
Ertinya : Disunatkan menyiram kubur dengan air yang dingin sebagai pengharapan dinginnya tempat pembaringan (kubur) dan juga tidak mengapa menyiram kubur dengan sedikit air mawar, kerana malaikat suka pada bau-bauan yang harum. (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002:150)
وَيُنْدَبُ وَضْعُ الشَّيْءِ الرَّطْبِ على القبر كَالْجَرِيْدِ الْأَحْضَرِ وَالرَّيْحَانِ، لِأَنَّهُ يَسْتَغْفِرُ لِلْمَيِّتِ مَا دَامَ رَطْباً
Ertinya : Disunatkan meletakkan sesuatu yang masih basah (segar) atas kubur seperti pelepah kurma yang masih hijau dan tumbuhan-tumbuhan yang harum, kerana ia meminta keampunan bagi mayat selama ia dalam keadaan basah (segar). (Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 2002:159)
Dalam Kitab Fath al-Mu’in, Zainuddin al-Malibary mengatakan:
يُسَنُّ وَضْعُ جَرِيْدَةٍ خَضْرَاءَ عَلَى الْقَبْرِ لِلْإ تِّباَعِ وَلِأَنَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُ بِبَرَكَةِ تَسْبِيْحِهَا وَقيِْسَ بِهَا مَا اعْتِيْدَ مِنْ طَرْحِ نَحْوِ الرَّيْحَانِ الرَّطْبِ
Ertinya : Disunatkan meletakkan pelepah kurma yang masih hijau di atas kubur, kerana hal ini mengikuti sunnah Nabi Muhammad S.A.W. dan dapat meringankan beban si mayat kerana keberkatan bacaan tasbihnya dan diqiaskan dengannya apa yang menjadi adat kebiasaan, yaitu menaburi bunga yang harum dan masih segar.
Dalam Kitab I’anah al-Talibin, al-Sayyid al-Bakri mengatakan;
ويسن أيضا وضع حجر أو خشبة عند رأس الميت لأنه صلى الله عليه و سلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة، , وقال: أتعلم بها قبر أخي لأدفن فيه من مات من أهلي. و رش القبر بالماء لئلا ينسفه الريح، و لأنه صلى الله عليه و سلم فعل ذلك بقبر ابنه إبراهيم راوه الشافعي، وبقبر سعد رواه ابن ماجه، وأمر به في قبر عثمان بن مظعون راوه الترمذي. وسعد هذا هو ابن معاذ. ويستحب ان يكون الماء طاهر طهورا باردا، تفاؤلا بأن الله تعالى يبرد مضجعه. ويكره رشه بماء ورد و نحوه، لأنه إسراف و إضاعة مال...
Ertinya : Dan disunnatkan meletakkan batu atau kayu (nisan) di sisi kepala mayyit, kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. meletakkan sebiji batu besar (nisan) di sisi kepala (kubur) 'Usman bin Maz`un, dan Junjungan bersabda: "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku". Dan (disunnatkan) menyiram (menjirus) kubur dengan air agar debu-debu tanah tidak ditiup angin dan kerana bahawasanya Junjungan Nabi s.a.w. melakukan sedemikian pada kubur anakanda baginda Sayyidina Ibrahim sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Syafi`i; dan juga pada kubur Sa`ad (iaitu Sa`ad bin Mu`az) sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Majah, dan Junjungan s.a.w. telah memerintahkan dengannya (yakni dengan menjirus air) pada kubur Sayyidina 'Usman bin Maz`un sebagaimana diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizi. Dan yang mustahab (dituntut) adalah air tersebut suci lagi mensucikan dan sejuk, sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan Allah S.W.T menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Dan makruh menyiram atau menjirus dengan air mawar atau seumpamanya kerana perbuatan tersebut adalah satu pembaziran dan mensia-siakan harta.(Dar Kutub al-Ilmiyyah, 1995:198-199)
Syeikh al-Khatib al-Syirbini dalam kitab Mughni al-Muhtaj (Dar al-Makrifah, 1997: 1/541)
mengatakan:
(ويندب أن يرش القبر بماء ) لأنه صلى الله عليه وسلم فعله بقبر ولده إبراهيم رواه أبو داود في مراسيله وتفاؤلا بالرحمة وتبريد المضجع الميت ولأن فيه حفظا للتراب أن يتناثر
قال الأذرعي : الأولى أن يكون طهورا باردا والظاهر كراهته بالنجس أو تحريمه اه
والذي ينبغي الكراهة... وخرج بالماء من الورد فالرش به مكروه كما في زيادة الروضة لأنه إضاعة مال
قال الإسنوي : ولو قيل بتحريمه لم يبعد وقال السبكي : لا بأس باليسير منه إذا قصد به حضور الملائكة
لأنها تحب الرائحة الطيبة ولعل هذا هو مانع الحرمة من إضاعة المال
ويكره أيضا أن يطلى بالخلوق
Sunat menjiruskan kubur dengan air kerana Rasulullah S.A.W pernah melakukannya pada kubur anaknya Ibrahim sepertimana yang diriwayatakan oleh Abu Daud dalam Kitab Marasilnya, sebagai tafa`ul (mengambil sempena) mudah-mudahan turunnya rahmat Allah S.W.T ke atas empunya kubur dan agar ia dapat menyejukkan kubur si mati (yakni menyamankan keadaan si mati di tempat perbaringannya dalam kubur tersebut). Selain itu ia bertujuan supaya (dengan menjirus air tersebut) terpelihara daripada debu-debu tanah yang ditiup angin. Kata al-Azra’ei, yang lebih utamanya air tersebut adalah air yang suci lagi sejuk dan apa yang jelasnya makruh atau haram menggunakan air najis...
Tidak termasuk dalam ertikata air tadi (yang disunatkan jirus ke atas kubur), iaitu air mawar. Maka menjirus kubur dengan air mawar adalah makruh sepertimana yang disebut dalam Ziyadah al-Raudhah kerana ia dikira mensia-siakan harta.
Kata al-Isnawi, kalau dikatakan hukumnya haram pun tidak terlalu jauh.
Al-Subki mengatakan bahawa tidak mengapa menyiram kubur dengan sedikit air mawar sekiranya berniat agar malaikat hadir kerana malaikat suka pada bau-bauan yang harum. Mudah-mudahan dengan niat yang sedemikian menjadi penegah daripada berlakunya hukum haram kerana mensia-siakan harta.
Makruh juga melumurkan kubur dengan wangi-wangian.
ويسن أيضا وضع الجريد الأخضر على القبر وكذا الريحان ونحوه من الشيء الرطب ولا يجوز للغير أخذه من على القبر قبل يبسه لأن صاحبه لم يعرض عنه إلا عند يبسه لزوال نفعه الذي كان فيه وقت رطوبته وهو الاستغفار و أن يوضع ( عند رأسه حجر أو خشبة ) أو نحو ذلك لأنه صلى الله عليه وسلم وضع عند رأس عثمان بن مظعون صخرة وقال أتعلم بها قبر أخي لأدفن إليه من مات من أهلي رواه أبو داود وعن الماوردي استحباب ذلك عند رجليه أيضا
“Disunatkan meletakkan pelepah kurma hijau (basah) di atas kubur, begitu juga tumbuh-tumbuhan yang berbau harum dan sebagainya yang masih basah. Haram bagi orang lain mengambilnya dari atas kubur sebelum ianya kering kerana pemiliknya tidak akan berpaling daripadanya kecuali setelah ia kering sebab telah hilang manfaat yang dikehendakinya daripada benda-benda tersebut iaitu selagi benda tersebut masih basah maka ia akan terus memohon keampunan kepadanya (empunya kubur).
Dan diletakkan batu atau sepotong kayu atau yang seumpamanya berhampiran kepala kubur kerana Nabi Muhammad SAW telah meletakkan sebuah batu di kepala kubur ‘Usman Bin Madz’un seraya berkata : "Agar diketahui dengannya kubur saudaraku supaya aku boleh mengkebumikan padanya sesiapa yang mati daripada keluargaku" (HR. Abu Daud), Menurut al-Mawardi sunat juga meletakkan tanda tersebut di kedua kaki mayat (kubur)”.
والله أعلم
0 Comment "Hukum Menyiram Air dan Menabur Bunga Atas Kubur"
Post a Comment