Kaedah Mengesan Hadith Yang Tidak Dibukukan
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
Dalam konklusi ustaz terhadap hadis talqin zikir, ustaz sebut bahawa hadis yg diriwayatkan oleh ulama2 sufi itu tidak dibukukan, tapi mereka hidup sezaman dengan ashab kutub al hadis. Jadinya, bagaimana kita nak menilai hadis2 yang tak diriwayatkan dalam buku?
Jawapan:
Memang menjadi persoalan pada setengah org apabila hadis2 yg diriwayatkan oleh kebanyakan ulama2 sufi awal yg hidup sezaman dengan ashab kutub al-hadis tidak dibukukan. Tidak ada dijumpa misalnya kitab Musnad atau kitab Sunan yg disusun oleh Ma’ruf al-Karkhi (w. 200H), al-Sari al-Saqati (w. 251H), al-Junaid (w. 298H), al-Syibli (w. 394H) dll.
Ini kerana bidang penulisan bukanlah menjadi fokus utama mereka. Tetapi yg mnjadi matlamat besar mereka ialah usaha mendampingi Allah, mntarbiyyah murid, & mndakwah masyarakat kepada Allah. Disiplin mereka ini tak sepatutnya dipertikaikan krn setiap ulama islam dalam pelbagai bidang masing2 mempunyai peranan & sumbangan terhadap kelangsungan hidup umat Islam.
Namun, sebahagian riwayat2 mereka (marwiyyat) mungkin masih boleh dikesan dan dikumpulkan daripada pelbagai kitab2 yg ada. Usaha ini ada dilakukan oleh sesetengah pengkaji dlm mengumpulkan contohnya Marwiyyat Ibrahim bin Adham, Marwiyyat al-Junaid, Marwiyyat as-Suhrawardi dan lain-lain.
Maka dengan cara ini kita dapat menilai hadis2 yang diriwayatkan..
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Kaedah Mengesan Hadith Yang Tidak Dibukukan"
Post a Comment