Empat Mazhab Dalam Satu Akidah



Dari Group Nota Aqidah Kita (ASWJ) MSO D22 - Perkongsian Ustaz اليسع



Al-Faqih Al-Qadhi Asy-Syaikh Taj al-Din al-Subki Asy-Syafi^ai (w. 771H) berkata:

💎 "Segala puji bagi Allah, mazhab-mazhab yang empat kesemuanya berada di dalam akidah yang satu, melainkan mereka yang terlibat dengan pendokong muktazilah dan mujassimah (p: seperti al-Wahhabiyyah).

💎 Manakala kelompok majoriti bagi golongan ini (pengikut mazhab yang empat) adalah golongan  yang berada di atas kebenaran.

💎 Mereka membenarkan akidah Abu Ja^far al-Tohawi yang telah diterima baik oleh para ulama salaf dan khalaf.

💎 Mereka juga berpegang dengan agama Allah berdasarkan manhaj Syaikh Assunnah Abul-Hasan al-Asy^ari (W. 324H) yang mana tidak ada seorang pun yang  membantah beliau melainkan golongan yang melakukan bid^ah". Intaha.


Ini merupakan suatu kenyataan yang jelas daripada Ibn al-Subki bahawa al-Asya^irah merupakan pengikut golongan salaf yang sebenar. Al-Asya^irah adalah golongan yang membenarkan al-^Aqidah al-Tohawiyyah yang merupakan rumusan kepada aqidah yang diyakini oleh golongan para al-Salafus-Soleh.

Golongan al-Asya^irah tidak pernah mengasaskan akidah yang bercanggah dengan akidah para al-Salafus- Soleh.



📙Rujukan: Ibnu al-Subki, Taj al-Din ^Abdul-Wahhab ibn ^Ali, Mu^idu an-Ni^am wa Mubidu an-Niqam, Kaherah, Maktabah al-Khanji, cet. 2, 1413H/ 1993 R, hlm. 22-23.

Klik link ini untuk join group Nota Aqidah:
https://telegram.me/aqidah_Islam

0 Comment "Empat Mazhab Dalam Satu Akidah"

Post a Comment

Thank you for your comments