Syarah Hadith Angin Bertiup Dari Timur Sedangkan Kaum ‘Ad Ditiup Dari Barat
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
🔴Dari Ibnu ‘Abbas RA bahwa Nabi SAW bersabda: “Aku ditolong dengan perantara angin yang bertiup dari timur. Sedangkan kaum ‘Ad dibinasakan dengan angin yang bertiup dari barat,” (HR Al-Bukhari).
boleh mane² asatizah jelaskan kpd saya yg dimaksudkan dgn angin dari timur...jazakAllahul khair.
Jawapan:
Matan hadisnya spt berikut:
عن ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم، قَالَ: نُصِرْتُ بِالصَّبَا وَأُهْلِكَتْ عَادٌ بِالدَّبُورِ. (أخرجه البخاري ومسلم)
Menurut Imam an-Nawawi, as-Soba ialah angin timur dan ad-Dabur ialah angin barat (Syarah Sahih Muslim). Kedua2nya adalah drp jenis-jenis angin. Dikatakan ada 4 jenis angin, iaitu; as-Soba (arah timur), ad-Dabur (arah barat), as-Syimal (arah utara) dan al-Janub (arah selatan). (‘Umdah al-Qari oleh al-‘Aini)
Angin timur dikatakan menyusun dan mengumpulkan awan, serta hujan biasanya akan turun ketika itu. (Fath al-Bari oleh Ibn Hajar)
Jika melihat kpd kesannya, as-Soba boleh menggerunkan, namun bersifat rahmat sbgmn dlm perang Khandaq, hingga ada yg dpt memeluk Islam di kemudian hari. Manakala ad-Dabur lbh menggerunkan dan tiada belas kasihan sehingga tiada seorg pun kaum ‘Ad yg dapat hidup.
Wallahu a‘lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Syarah Hadith Angin Bertiup Dari Timur Sedangkan Kaum ‘Ad Ditiup Dari Barat"
Post a Comment