Hadith Berstatus Sangat Dhaif / Dhaif Jiddan
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
Dalam kedaan hadith sangat dhaif, adakah boleh kita katakan hadis ini tidak wujud, palsu atau hanya rekaan?
dan bgaimana pula adab atau cara kita menghadapi hadis dhaif jiddan ? maksud saya bolehkah kita anggap remeh hadis tersebut disebabkan ia dhaif jiddan ?
Jawapan:
Hadis yg sangat daif ini adalah hadis yg kemungkinan tidak wujud kerana tahap kebolehpercayaan perawinya amat rendah. Namun, masih tidak dapat disebut ia sebagai rekaan atau mawdhu' kerana perawinya bukan dicop pendusta.
Hadis yg sgt daif ini sebenarnya ada dua, iaitu:
1. Hadis sgt daif yg diperselisihkan antara daif & sgt daif, serta mmpunyai dalil2 sokongan. Jenis ini masih ada ruang utk dguna pakai..
2. Hadis sgt daif yg tidak diperselisihkan & tidak mmpunyai dalil2 sokongan. Jenis ini tiada ruang utk ia dguna pakai & perlu ditinggalkan.
Maka, perlu mlihat & mneliti kesemua aspek utk mmbuat penentuan hadis tsb pd jenis yg mana.
Utk lbh mmahami & merasai zauq seni hadis, trutama ttg aspek rijal & al-jarh wat taadil, bacalah sbg cth kitab Lisan al Mizan, al-Kamil Ibn Adi, Tahzibul Kamal dsb..
Namun tanpa aspek sufistik, dkhuatiri kita akan mnjadi golongan mutasyaddidin spt yg byk brlaku sekarang. Maka perlu berhati2 & tenang.
Zauq seni hadis ini yg mmbolehkan ulama menentukan sama ada hadis tsb ada asalnya, ataupun tidak.
Ini adalah mazhab al Hafiz Ibn as Solah, al Hafiz Ibn Hajar, Ibn Nasiriddin ad Dimasyqi, al Hafiz al Iraqi, al Haithami, al Hafiz as Suyuti, al Hafiz Ibn Arraq, Imam Ibn Hajar al Haitami, dll..
Wallahu a'lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Hadith Berstatus Sangat Dhaif / Dhaif Jiddan"
Post a Comment