Status Hadith Khafiat Memotong Kuku
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Teks asalnyanya:
حديث: "من قلم أظفاره يوم السبت خرج منه الداء ودخل فيه الشفاء، ومن قلم أظفاره يوم الأحد خرجت منه الفاقة ودخل فيه الغني، ومن قلم أظفاره يوم الاثنين خرجت منه العلة ودخل فيه الصحة، ومن قلم أظفاره يوم الثلاثاء خرج منه المرض ودخلت فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الأربعاء خرج منه الوسواس والخوف ودخل فيه الأمن والصحة، ومن قلم أظفاره يوم الخميس خرج منه الجذام ودخلت فيه العافية، ومن قلم أظفاره يوم الجمعة دخلت فيه الرحمة وخرج منه الذنوب".
Hadis tersebut diriwayatkan oleh Ibn al-Jawzi dlm al-Mawdhu’at dan katanya: “Ini hadis palsu ke atas Rasulullah SAW”. Ini kerana terdapat dua orang perawi yang dituduh memalsukan hadis, iaitu Hannad dan Abu ‘Ismah, serta terdapatnya perawi-perawi majhul dan daif lain. Hukum palsu ini diikuti oleh ulama yang lain spt as-Syawkani dlm al-Fawa’id al-Majmu‘ah. Kata as-Sakhawi dlm al-Maqasid: “Tidak sabit sesuatu apa pun tentang kaifiat memotong kuku, mahupun berkenaan penentuan hari baginya dari Nabi SAW”.
Imam as-Suyuti mengulas dlm al-La’ali’ al-Masnu‘ah bhw ad-Dailami telah meriwayatkan dgn jalur riwayat lain, lalu katanya: “Maka, punca binasa adalah drp Abu ‘Ismah shj.”.
Menurut Syeikh ‘Abd al-Fattah Abu Ghuddah dlm ulasannya ke atas kitab Zafar al-Amani fi Syarh Mukhtasar al-Sayyid al-Syarif al-Jurjani (hlm. 573-574) bhw Abu ‘Ismah Nuh ibn Abi Maryam, yang terkenal sebagai Nuh al-Jami‘ sebenarnya adalah seorang tokoh ulama di zamannya dan bukanlah seorang pendusta. Menurut Ibn ‘Adi, meskipun beliau daif, boleh ditulis hadithnya. Kisah yang diriwayatkan ttg Abu ‘Ismah oleh al-Hakim di dalam al-Madkhal ila al-Iklil dan diikuti oleh Ibn al-Jawzi di dalam al-Mawdu‘at mengenai pemalsuan ttg hadith kelebihan al-Quran surah demi surah oleh Abu ‘Ismah ini sebenarnya adalah kisah yang daif dan tertolak.
Namun, penafian status Abu ‘Ismah sbg pemalsu hadis ini tidaklah menjadikan hadis tsb sabit krn masih ada perawi2 yang daif dan tidak diketahui statusnya. Jika tidak palsu, ia adalah hadis yang sangat daif.
والله أعلم
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Status Hadith Khafiat Memotong Kuku"
Post a Comment