Hadith Perempuan Digantung Rambutnya Di Neraka
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
🔵Soalan:
Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:
“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan… maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?”
Beliau bersabda:
- Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.
- Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan air yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.
- Wanita yang digantung , diikat kedua kaki dan tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular dan kala jengking.
- Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.
- Wanita yang memotong badannya sendiri dgn gunting dari neraka.
- Wanita yang bermuka hitam dan memakan ususnya sendiri.
- Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.
- Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.
Maka berdirilah Fatimah seraya berkata, “Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita2 itu.”
Rasulullah s.a.w bersabda,
“Wahai Fatimah, adapun tentang :
- Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.
- Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yg menyakiti hati suaminya melalui kata2nya kecuali Allah akan membuatnya mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.”
- Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.
- Adapun wanita yang diikat dengan kaki dan tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haidh & nifas.
- Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.
- Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhiasannya.
- Adapun wanita yang diikat kedua kaki dan tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.
- Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan org) serta berdusta.
- Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.
Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk. Walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:
- Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.
- Isteri Nabi Lut suka bertandang ke rumah orang.
Semoga Allah beri kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak berasa takut atau rasa perlu berubah… maka kita kena khuatir .Takut kita tergolong dlm mereka yg tidak diberi petunjuk oleh Allah.
✔️Jawapan:
Hadis ini dulu telah dijawab mengenai perempuan yg digantung rambutnya. Namun saya telah mmbuat sedikit kemas kini seperti di bawah;
Hadis ini didapati tlh dicatatkan tanpa sanad & tanpa sumber asal di dlm kitab2 setengah ulama Ahlus Sunnah, spt di dlm kitab al-Kaba’ir yang dinisbahkan kpd al-Hafiz az-Zahabi, kitab az-Zawajir oleh Imam Ibn Hajar al-Haytami & Durratun Nasihin oleh Syekh al-Khubawi.
Riwayatnya secara bersanad hanya terdapat di dlm kitab-kitab hadis Syiah yg bersilsilah Ahlul Bait, spt kitab 'Uyun Akhbar ar-Ridha oleh Syeikh as-Saduq & sanadnya spt berikut:
((عن علي بن عبد الله الوراق، عن محمد بن أبي عبد الله –الأسدي-، عن سهل بن زياد، عن عبد العظيم بن عبد الله الحسني، عن محمد بن عليّ الرضا -أبي جعفر الثاني-، عن آبائه، عن عليّ عليهم السلام ...الخ))
Kemudian tlh dinukilkan drpnya oleh ulama2 Syiah yang lain spt di dlm:
1. kitab Bihar al-Anwar oleh al-Majlisi.
2. kitab Wasa’il as-Syiah oleh al-Hurr al-‘Amili.
3. kitab Mustadrak al-Wasa’il oleh Husain an-Nuri.
Manakala Syeikh al-Musawi dalam kitab Jaza'ul A'mal melengkapkan sanadnya sebagai berikut:
((... عن عبد العظيم بن عبد الله الحسيني عن محمد بن علي الرضا عن أبيه موسى بن جعفر عن أبيه جعفر بن محمد عن أبيه محمد بن علي عن أبيه علي بن الحسين عن أبيه الحسين بن علي عن أبيه أمير المؤمنين علي بن أبي طالب ...الخ))
Namun, ramai perawinya yg tiada di dlm kitab2 rijal ulama Ahlus Sunnah. Bahkan, menurut kitab2 rijal Syiah sendiri terdapat perawinya yg majhul (tidak diketahui) & dituduh berdusta. Perawi yang dituduh berdusta itu ialah Sahl bin Ziyad sptmn dlm kitab Rijal an-Najasyi, Rijal al-Kasyi, Fihrist at-Tusi dan Rijal al-Hulli.
Kata an-Najasyi: "Beliau daif dlm bab hadis, tidak muktamad padanya. Ahmad bin Muhammad bin 'Isa menyaksikan beliau bersifat melampau dan dusta serta tlh mengeluarkannya dr Qum ke Rai sehinggakan dia menetap di situ”. Menurut al-Hulli: "Daif, rosak riwayatnya. Ahmad bin Muhammad bin 'Isa tlh mengeluarkannya dr Qum dan melarang orang mendengar riwayat drpnya”.
Menurut Dr. Ahmad Lutfi dlm takhrij hadis Durratun Nasihin, ia adalah daif munkar atau lbh rendah lagi. Menurut al-faqir (saya), hadis riwayat Syiah ini selain sangat daif dan tidak dpt dibuat hujah, tidak perlu disebarkan agar tidak mnjadi faktor kebanggaan golongan Syiah ke atas Ahlus Sunnah & mempromosikan ajaran mrk secara tidak langsung.
Wallahu a'lam.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Hadith Perempuan Digantung Rambutnya Di Neraka"
Post a Comment