Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam
Oleh Prof Asmadi
Soalan
Apa beza interest rate dalam bank konvensional dengan financing rate dalam bank Islam? sebab saya tengok sama je, cuma istilah je yang brbeza..mohon pncerahan dari yang arif.
Jawapan:
Mengenai rate ini, ya, rate hampir sama, tetapi nama berbeza
dan cara memperolehi keuntungan menggunakan rate itu juga berbeza. Jika ia
konvensional, bank-bank untung dengan mengenakan riba berdaraskan rate tu
"based lending rate".
Sistem Islam, melakukan urusniaga pertukaran, meletakkan
harga lebih tinggi untuk perolehi keuntungan dan amaun keuntungan itu
kebiasannya tidak banyak beza dr amaun yang sistem konvensional kenakan kepada
pelanggannya.
Sistem Islam guna 'based profit rate'.
Kenapa rate hampir sama? Kerana meletakkan keuntungan
hendaklah berdasarkan kerelaan dan kehendak pihak yang berkontrak. Maka, penjual mahu menggunakan harga tersebut
sebagai harga jualan, walhal itu memang hak penjual..
Kalau berdasarkan rate, dulu rate bank Islam lebih tinggi tp
sekarang sudah setara atau kekadang lebih murah.
0 Comment "Beza interest rate dalam bank konvensional dengan financing rate dalam bank Islam"
Post a Comment