Penilaian Kaedah Ibn al-Jawzi
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith oleh Ustaz Khafidz Soroni
Soalan:
Boleh ustaz terangkan apa yg dimaksudkan dgn kenyataan tersebut?
Jawapan:
Dalam ilmu hadis, kaedah2 yg dibina oleh para ulama ada yg disepakati dan ada yg tidak disepakati..
Kaedah Ibn al-Jawzi ini nampaknya diaplikasikan oleh beliau dalam kitabnya al-Mawdhu'at.. hinggakan banyak hadis2 yg tidak palsu menurut ulama lain dimuatkan oleh beliau di dlm kitab tsb. Oleh sbb itu, beliau juga dikritik oleh alim ulama lain dan menggolongkan beliau dalam kalangan mutasyaddidin (yg bersifat keras).
Kaedah di atas mmg terlalu halus, namun hasil yg didapati tidak semestinya terus boleh diterima pakai krn masih ada langkah2 lain yg perlu diikuti sebelum membuat keputusan muktamad, seperti menyelidik seluruh kalam jarh & taadil terlebih dahulu, menimbang sebarang kemungkinan pd sahsiah perawi, mengumpul jalan2 riwayat (turuq) hadis, mmbuat komparatif dengan usul syarak, menentukan jenis ahkam atau fadha'il dan sebagainya.
Wallahu a'lam..
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/joinchat/BBhcUDu6GRybrztez3Dc-g
0 Comment "Penilaian Kaedah Ibn al-Jawzi"
Post a Comment