Persoalan witir :
1. Manakah yang lebih afdhal;
Sekiranya seseorang itu merasakan bahawa dia boleh bangun untuk bertahajjud pada malam tersebut, maka disunatkan baginya melewatkan witir iaitu dilakukan selepas tahajjud. Hal ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari (998) dan Muslim (1752); “Jadikanlah pengakhiran solat malam kamu itu witir.”
Bahkan, amalan ini juga adalah merupakan amalan sebahagian daripada sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Saidina Umar dan Saidina Ali radiallahu ‘anhum. Mereka selalunya akan tidur dahulu, kemudian mereka akan bangun bertahajjud dan mengakhiri solat malam mereka dengan witir.
Walaubagaimanapun, sekiranya seseorang itu merasakan dirinya sukar untuk bangun bertahajjud pada malam tersebut, maka adalah lebih afdhal baginya melakukan witir sebelum tidur sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1763); “Sesiapa yang khuatir tidak akan bangun pada akhir malam, maka hendaklah dia melakukan witir pada awal malam (sebelum tidur) dan barangsiapa yang haloba untuk bangun pada akhir malamnya, maka hendaklah dia witir pada akhir malam (melewatkan witir).” Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari (1178/1981) dan Muslim (1669), bahawasanya Abu Hurairah radiallahu ‘anhu pernah berkata; “Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memerintahkanku supaya melakukan solat witir sebelum aku tidur.”
Amalan ini juga adalah merupakan amalan sebahagian daripada sahabat Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Usman radiallahu ‘anhum. Selalunya mereka akan melakukan solat witir sebelum mereka tidur. Kemudian apabila mereka bangun bertahajjud, maka mereka tidak lagi mengakhiri solat malam (tahajjud) tersebut dengan witir.
Hal ini pernah dirujukkan oleh Saidina Umar dan Saidina Abu Bakar radiallahu ‘anhum kepada Baginda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam, lalu baginda bersabda; “Apa yang difahami oleh Abu Bakar ini adalah berdasarkan konsep al-Hazm (berhati-hati dan teliti), dan apa yang difahami oleh Umar ini adalah berdasarkan konsep al-Quwwah (kuat beribadat).”
Disebutkan oleh al-Ghazzali di dalam Kitab al-Wasit bahawa Imam al-Syafi’i telah memilih amalan Saidina Abu Bakar radiallahu ‘anhu.
Rujukan; Hasyiah I’anah al-Talibin, Dar al-Fikr, 1998 : 403-404/1
2. Adakah boleh mengulangi witir dalam satu malam?
Jawapan kami;
Ulamak mutaakkhirin Mazhab Syafi’i berbeza pendapat berkaitan hukum mengulangi solat witir dalam satu malam seperti contoh seseorang yang sudah melakukan solat witir sebelum tidurnya, kemudian dia ulang semula witirnya (dengan niat witir) setelah selesai tahajjudnya. Sehubungan itu, perbezaan pendapat berkaitan masalah tersebut adalah sepertimana berikut;
a. Menurut Khatib al-Syirbini di dalam Mughni al-Muhtaj (338/1), Ibn Hajar di dalam Tuhfah al-Muhtaj (229/2), al-Ramli di dalam Nihayah al-Muhtaj (115/2), tidak dituntut untuk mengulangi semula witirnya dalam satu malam. Sekiranya solat witir diulang juga (dengan niat witir) pada satu malam dalam keadaan tahu akan hukumnya, maka solat tersebut tidak sah. Bahkan, menurut al-Ramli hukumnya adalah haram sekiranya ia dilakukan dalam keadaan sengaja dan tahu akan hukumnya. Ini berdasarkan hadis Riwayat Abu Daud (1439), al-Tirmizi (470) dan al-Nasaei (1678) yang bermaksud; “Tiada dua witir dalam satu malam.”
Adapun sekiranya pengulangan witir tersebut dilakukan kerana jahil ataupun terlupa, maka solat witir tersebut dikirakan sebagai sunat mutlak.
Disebutkan di dalam Kitab Kasyfu al-Litham ‘An Asilah al-Anam (40/1);
“(Masalah) Seseorang sembahyang witir terdahulu (sebelum) daripada tahajjud maka tiada harus ia ulangkan dia (witir) kemudian (selepas) daripada tahajjud, lagi tiada jadi (tidak sah) jika diulangnya lagi haram ulang itu kerana tiada dua witir di dalam satu malam.”
“(Masalah) Seseorang sembahyang witir serakaat atau tiga rakaat pada awal dan kemudian (selepas) daripada akhir malam, ditamamkan (disempurnakan) witirnya sebelas rakaat, maka tiada dinamakan sembahyang yang kedua itu witir sekali-kali. Maka jika ia niatkan witir pada sembahyang yang kedua dengan sengaja lagi diketahuinya, (maka ia) tiada sah. Dan jika tiada, maka jadi sunat mutlak pada malam.”
b. Menurut Ibn Hajar di dalam al-Fatawa al-Kubra (185/1), harus mengulangi solat witir pada satu malam dengan niat untuk menyempurnakan witir. Beliau ditanyakan berkenaan seseorang yang solat witir 3 rakaat, maka adakah boleh beliau sembahyangkan yang bakinya lagi selepas itu dengan niat witir?
Lalu beliau menjawab; “Ya, harus baginya berbuat demikian menurut apa yang zahir, kerana makna keadaannya witir adalah seperti itulah caranya, sama ada witir itu (yang ganjilnya) dipertengahan, atau di permulaan atau di kemudiannya.”
c. Menurut satu pendapat yang dinukilkan oleh al-Imam al-Haramain dan selainnya daripada kalangan ulamak al-Khurasaniyyun (al-Majmuk : 509/3), harus melakukan “naqd al-witir” (membatalkan witir) iaitu dengan digenapkan witir yang telah dilakukan sebelum tidur. Disebutkan juga oleh al-Imam al-Nawawi di dalam Matan al-Minhaj al-Talibin;
وَقِيْلَ يُشْفِعُهُ بِرَكْعَةٍ ثُمَّ يُعِيْدُهُ...
“Menurut satu pendapat, bolehlah diganjilkan witir tersebut dengan 1 rakaat kemudian dia harus mengulangi (menyempurnakan) witir itu.”
Sebagai contohnya seseorang yang telah melakukan solat witir 3 rakaat sebelum tidur. Kemudian apabila dia bangun tahajjud, dibukakan qiamnya dengan witir 1 rakaat dengan maksud mengenapkan witir (ganjil ) 3 rakaat + 1 rakaat= 4 rakaat (jadi genap). Kemudian, bolehlah dia menambah sebanyak mana rakaat yang diingininya sehingga 11 rakaat. Cara ini telah diamalkan oleh sebahagian sahabat Nabi radiallahu ‘anhum antaranya Saidina Ibn Umar radiallahu ‘anhuma dan selain beliau.
Rujukan;
1. المجموع شرح المهذب, الإمام أبي زكريا محي الدين يحيى بن شرف النووي, مكتبة الإرشاد جدة
2. الفتاوى الكبرى الفقهية وبهامشه فتاوى الرملي, العلامة ابن حجر الهيتمي, دار الفكر 1983
3. مغني المحتاج إلى معرفة معاني ألفاظ المنهاج, العلامة شمس الدين محمد بن الخطيب الشربيني, دار المعرفة 1997
4. تحفة المحتاج بشرح المنهاج ومعه حاشيتان الشرواني والعبادي, العلامة شهاب الدين أحمد بن حجر الهيتمي, مطبعة مصطفى محمد
5. نهاية المحتاج إلى شرح المنهاج ومعه حاشيتان الشبراملسي والرشيدي, العلامة شمس الدين محمد بن أبي العباس أحمد ابن حمزة الرملي, دار الكتب العلمية 2003
6. كشف اللثام عن أسئلة الأنام,الشيخ زين العابدين بن محمد الفطاني, دار الفكر
Rakaat witir?
Sekurang-kurang witir adalah serakaat. Sekurang-kurang yang sempurna adalah tiga rakaat, kemudian lima rakaat, kemudian tujuh rakaat, kemudian sembilan rakaat, kemudian sebelas rakaat.
Menurut pendapat yang masyhur dalam Mazhab ٍٍSyafi’i, bilangan rakaat witir yang paling banyak adalah sebelas rakaat.
Menurut satu pendapat yang dinukilkan oleh satu jemaah daripada kalangan ulamak al-Khurasaniyyun, sebanyak-banyak rakaat witir adalah tiga belas rakaat. (al-Majmuk : 506/3)
Wallahu a'lam
1. Manakah yang lebih afdhal;
Jawapan kami;
a. Melakukan witir sebelum tidur, kemudian bangun malam untuk bertahajjud tanpa diakhiri dengan witir atau
b. Melakukan witir selepas tahajjud (melewatkan witir).

Disediakan oleh Ust Alyasak b. Berhan
0 Comment "Berkaitan Persoalan Tentang Solat Witir"
Post a Comment