Hukum Meninggalkan Solat Fardhu




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

AS'SALAM ustaz sy nk tye ckit ape hkum orng yg malas solat&sengaja tinggal solat

Jawapan kami;

Hukum meninggalkan solat fardhu tanpa apa-apa keuzuran adalah haram. Sehubungan itu, terdapat dua keadaan orang yang meninggalkan solat iaitu;

1) Meninggalkan solat kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan jadi kafir (murtad). Pihak pemerintah wajib menyuruhnya bertaubat. Jika terus engkar, dia akan dihukum bunuh dan mayatnya tidak harus dimandikan, dikapankan dan disolatkan. Malah tidak harus dikebumikan di tanah perkuburan Islam.

2) Meninggalkan solat kerana malas, namun masih meyakini hukum wajibnya, pihak pemerintah hendaklah memaksanya mengqadha'kan solat dan bertaubat (hukumnya sunat menurut qaul muktamad). Jika masih engkar, dia wajib dihukum bunuh oleh pemerintah. Hal ini adalah kerana hukuman atas orang yang meninggalkan fardhu adalah wajib diperangi. Namun, selepas dibunuh dia masih dianggap Islam. Justeru, jenazahnya hendaklah diurus menurut tatacara Islam (Mughni al-Muhtaj, I'anah al-Tolibin, al-Fiqh al-Manhaji).

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Meninggalkan Solat Fardhu"

Post a Comment

Thank you for your comments