Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴Soalan
Assalamualaikum.
Apakah hukum membaca doa² selain dari bacaan qunut ketika waktu bacaan qunut. Adakah hanya dibenarkan doa qunut?
✅Jawapan kami
Wa alaikum salam..
Boleh membaca apa sahaja doa dan mendapat pahala sunah dengannya.
ويحصل أصل سنته بآية فيها دعاء إن قصده وحده، لكراهة القراءة في غير القيام وبدعاء ولو بدنيوي وغير مأثور.
Maksudnya: Dan berhasillah sunnahnya (qunut) dengan membaca satu ayat (daripada al-Quran) yang terkandung unsur doa pada ayat tersebut jika diniatkan doa.... walaupun doa tersebut bersifat duniawi dan tidak mathur.
من كل ما يشتمل على دعاء وثناء
Maksudnya: sunat membaca qunut dengan apa doa yang mengandungi doa dan pujian spt:
اللهم اغفر لي يا غفور وارحمني يا رحيم
Meminta Ampun kepada Allah itu terkandung makna doa dan "ya ghafur dan ya rahim" mengandung makna pujian.
(Nihayah Zain & Muqaddimah Hadramiyyah)
Wallahu a'lam
Ustaz Aizuddin @Ayyuzi Al-Usimi
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment " hukum membaca doa² selain dari bacaan qunut ketika waktu bacaan qunut"
Post a Comment