Dahulukan Isteri atau Ibu




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

As salam ustaz saya nak tanya..suami sepatut nya dahulu kan isteri @ ibunya..mohon pencerahan ustaz terima kasih

Jawapan Kami:

Dalam surah al Isra Allah memerintahkan dengan jelas akan kewajipan berbuat baik kepada kedua ibu bapa bersama dengan padanan perintah tidak meyembah selain Nya. Firman Allah;

(وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا)
[Surat Al-Isra' 23]

Maksudnya;
Al-'Isrā':23 - Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).
[Tafser al muner: jilid 15-16/ms 51-61]

Dan keutamaan berbakti kepada ibu tetap dikira lebih utama kerana lafaz hadis ulang tiga kali utk berbakti kpd ibu berbanding sekali kepada bapa.
Manakala berbakti kepada ibu bapa lebih utama berbanding kpd keluarga sendiri berdasarkan hadis daripada Ibn Umar r.a seperti riwayat al Bukhari dan Muslim;


ﺣ‍‍ﺪ‍ﻳ‍‍ﺚ‍ ‍ﺍ‍ﺑ‍‍ﻦ‍ ‍ﻋ‍‍ﻤ‍‍ﺮ ‍ﺭ‍ﺿ‍‍ﻲ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﻤ‍‍ﺎ, ‍ﻋ‍‍ﻦ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻨ‍‍ﺒ‍‍ﻲ‍ ‍ﺻ‍‍ﻠ‍‍ﻰ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﻋ‍‍ﻠ‍‍ﻴ‍‍ﻪ‍ ‍ﻭ‍ﺳ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍, ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﺧ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﺛ‍‍ﻠ‍‍ﺎ‍ﺛ‍‍ﺔ ‍ﻳ‍‍ﻤ‍‍ﺸ‍‍ﻮ‍ﻥ‍ ‍ﻓ‍‍ﺄ‍ﺻ‍‍ﺎ‍ﺑ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻤ‍‍ﻄ‍‍ﺮ ‍ﻓ‍‍ﺪ‍ﺧ‍‍ﻠ‍‍ﻮ‍ﺍ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﻏ‍‍ﺎ‍ﺭ ‍ﻓ‍‍ﻲ‍ ‍ﺟ‍‍ﺒ‍‍ﻞ‍ ‍ﻓ‍‍ﺎ‍ﻧ‍‍ﺤ‍‍ﻄ‍‍ﺖ‍ ‍ﻋ‍‍ﻠ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺻ‍‍ﺨ‍‍ﺮ‍ﺓ ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﺎ‍ﻝ‍ ‍ﺑ‍‍ﻌ‍‍ﻀ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﻟ‍‍ﺒ‍‍ﻌ‍‍ﺾ‍: ‍ﺍ‍ﺩ‍ﻋ‍‍ﻮ‍ﺍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺑ‍‍ﺄ‍ﻓ‍‍ﻀ‍‍ﻞ‍ ‍ﻋ‍‍ﻤ‍‍ﻞ‍ ‍ﻋ‍‍ﻤ‍‍ﻠ‍‍ﺘ‍‍ﻤ‍‍ﻮ‍ﻩ‍ ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﺎ‍ﻝ‍ ‍ﺃ‍ﺣ‍‍ﺪ‍ﻫ‍‍ﻢ‍: ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﻛ‍‍ﺎ‍ﻥ‍ ‍ﻟ‍‍ﻲ‍ ‍ﺃ‍ﺑ‍‍ﻮ‍ﺍ‍ﻥ‍, ‍ﺷ‍‍ﻴ‍‍ﺨ‍‍ﺎ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﺒ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﺍ‍ﻥ‍ ‍ﻓ‍‍ﻜ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺃ‍ﺧ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻓ‍‍ﺄ‍ﺭ‍ﻋ‍‍ﻰ, ‍ﺛ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﺟ‍‍ﻲ‍ﺀ ‍ﻓ‍‍ﺄ‍ﺣ‍‍ﻠ‍‍ﺐ‍ ‍ﻓ‍‍ﺄ‍ﺟ‍‍ﻲ‍ﺀ ‍ﺑ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﺤ‍‍ﻠ‍‍ﺎ‍ﺏ‍, ‍ﻓ‍‍ﺂ‍ﺗ‍‍ﻲ‍ ‍ﺑ‍‍ﻪ‍ ‍ﺃ‍ﺑ‍‍ﻮ‍ﻱ‍, ‍ﻓ‍‍ﻴ‍‍ﺸ‍‍ﺮ‍ﺑ‍‍ﺎ‍ﻥ‍ ‍ﺛ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﺳ‍‍ﻘ‍‍ﻲ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺼ‍‍ﺒ‍‍ﻴ‍‍ﺔ, ‍ﻭ‍ﺃ‍ﻫ‍‍ﻠ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻣ‍‍ﺮ‍ﺃ‍ﺗ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﺎ‍ﺣ‍‍ﺘ‍‍ﺒ‍‍ﺴ‍‍ﺖ‍ ‍ﻟ‍‍ﻴ‍‍ﻠ‍‍ﺔ, ‍ﻓ‍‍ﺠ‍‍ﺌ‍‍ﺖ‍ ‍ﻓ‍‍ﺈ‍ﺫ‍ﺍ ‍ﻫ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻧ‍‍ﺎ‍ﺋ‍‍ﻤ‍‍ﺎ‍ﻥ‍ ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻓ‍‍ﻜ‍‍ﺮ‍ﻫ‍‍ﺖ‍ ‍ﺃ‍ﻥ‍ ‍ﺃ‍ﻭ‍ﻗ‍‍ﻈ‍‍ﻬ‍‍ﻤ‍‍ﺎ, ‍ﻭ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺼ‍‍ﺒ‍‍ﻴ‍‍ﺔ ‍ﻳ‍‍ﺘ‍‍ﻀ‍‍ﺎ‍ﻏ‍‍ﻮ‍ﻥ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﺪ ‍ﺭ‍ﺟ‍‍ﻠ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﻳ‍‍ﺰ‍ﻝ‍ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺩ‍ﺃ‍ﺑ‍‍ﻲ‍ ‍ﻭ‍ﺩ‍ﺃ‍ﺑ‍‍ﻬ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﺣ‍‍ﺘ‍‍ﻰ ‍ﻃ‍‍ﻠ‍‍ﻊ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻔ‍‍ﺠ‍‍ﺮ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﺖ‍ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﺑ‍‍ﺘ‍‍ﻐ‍‍ﺎﺀ ‍ﻭ‍ﺟ‍‍ﻬ‍‍ﻚ‍, ‍ﻓ‍‍ﺎ‍ﻓ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﺎ ‍ﻓ‍‍ﺮ‍ﺟ‍‍ﺔ, ‍ﻧ‍‍ﺮ‍ﻯ ‍ﻣ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺴ‍‍ﻤ‍‍ﺎﺀ ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻓ‍‍ﻔ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﻭ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺂ‍ﺧ‍‍ﺮ: ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺃ‍ﺣ‍‍ﺐ‍ ‍ﺍ‍ﻣ‍‍ﺮ‍ﺃ‍ﺓ ‍ﻣ‍‍ﻦ‍ ‍ﺑ‍‍ﻨ‍‍ﺎ‍ﺕ‍ ‍ﻋ‍‍ﻤ‍‍ﻲ‍, ‍ﻛ‍‍ﺄ‍ﺷ‍‍ﺪ ‍ﻣ‍‍ﺎ ‍ﻳ‍‍ﺤ‍‍ﺐ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺮ‍ﺟ‍‍ﻞ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻨ‍‍ﺴ‍‍ﺎﺀ [‍ﺹ‍: ٢٣٧] ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﺖ‍: ‍ﻟ‍‍ﺎ ‍ﺗ‍‍ﻨ‍‍ﺎ‍ﻝ‍ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﻣ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﺎ, ‍ﺣ‍‍ﺘ‍‍ﻰ ‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻄ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﻣ‍‍ﺎ‍ﺋ‍‍ﺔ ‍ﺩ‍ﻳ‍‍ﻨ‍‍ﺎ‍ﺭ ‍ﻓ‍‍ﺴ‍‍ﻌ‍‍ﻴ‍‍ﺖ‍ ‍ﻓ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﺣ‍‍ﺘ‍‍ﻰ ‍ﺟ‍‍ﻤ‍‍ﻌ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﻓ‍‍ﻠ‍‍ﻤ‍‍ﺎ ‍ﻗ‍‍ﻌ‍‍ﺪ‍ﺕ‍ ‍ﺑ‍‍ﻴ‍‍ﻦ‍ ‍ﺭ‍ﺟ‍‍ﻠ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﺎ, ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻟ‍‍ﺖ‍: ‍ﺍ‍ﺗ‍‍ﻖ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍, ‍ﻭ‍ﻟ‍‍ﺎ ‍ﺗ‍‍ﻔ‍‍ﺾ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺨ‍‍ﺎ‍ﺗ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻟ‍‍ﺎ ‍ﺑ‍‍ﺤ‍‍ﻘ‍‍ﻪ‍ ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﻤ‍‍ﺖ‍, ‍ﻭ‍ﺗ‍‍ﺮ‍ﻛ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﻓ‍‍ﺈ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﺖ‍ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﺑ‍‍ﺘ‍‍ﻐ‍‍ﺎﺀ ‍ﻭ‍ﺟ‍‍ﻬ‍‍ﻚ‍, ‍ﻓ‍‍ﺎ‍ﻓ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﺎ ‍ﻓ‍‍ﺮ‍ﺟ‍‍ﺔ ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻓ‍‍ﻔ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺜ‍‍ﻠ‍‍ﺜ‍‍ﻴ‍‍ﻦ‍ ‍ﻭ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺂ‍ﺧ‍‍ﺮ: ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍

‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﺍ‍ﺳ‍‍ﺘ‍‍ﺄ‍ﺟ‍‍ﺮ‍ﺕ‍ ‍ﺃ‍ﺟ‍‍ﻴ‍‍ﺮ‍ﺍ ‍ﺑ‍‍ﻔ‍‍ﺮ‍ﻕ‍ ‍ﻣ‍‍ﻦ‍ ‍ﺫ‍ﺭ‍ﺓ, ‍ﻓ‍‍ﺄ‍ﻋ‍‍ﻄ‍‍ﻴ‍‍ﺘ‍‍ﻪ‍ ‍ﻭ‍ﺃ‍ﺑ‍‍ﻰ ‍ﺫ‍ﺍ‍ﻙ‍ ‍ﺃ‍ﻥ‍ ‍ﻳ‍‍ﺄ‍ﺧ‍‍ﺬ ‍ﻓ‍‍ﻌ‍‍ﻤ‍‍ﺪ‍ﺕ‍ ‍ﺇ‍ﻟ‍‍ﻰ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻔ‍‍ﺮ‍ﻕ‍, ‍ﻓ‍‍ﺰ‍ﺭ‍ﻋ‍‍ﺘ‍‍ﻪ‍ ‍ﺣ‍‍ﺘ‍‍ﻰ ‍ﺍ‍ﺷ‍‍ﺘ‍‍ﺮ‍ﻳ‍‍ﺖ‍ ‍ﻣ‍‍ﻨ‍‍ﻪ‍ ‍ﺑ‍‍ﻘ‍‍ﺮ‍ﺍ ‍ﻭ‍ﺭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﺛ‍‍ﻢ‍ ‍ﺟ‍‍ﺎﺀ, ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻳ‍‍ﺎ ‍ﻋ‍‍ﺒ‍‍ﺪ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻪ‍ ‍ﺃ‍ﻋ‍‍ﻄ‍‍ﻨ‍‍ﻲ‍ ‍ﺣ‍‍ﻘ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﺖ‍ ‍ﺍ‍ﻧ‍‍ﻄ‍‍ﻠ‍‍ﻖ‍ ‍ﺇ‍ﻟ‍‍ﻰ ‍ﺗ‍‍ﻠ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺒ‍‍ﻘ‍‍ﺮ ‍ﻭ‍ﺭ‍ﺍ‍ﻋ‍‍ﻴ‍‍ﻬ‍‍ﺎ, ‍ﻓ‍‍ﺈ‍ﻧ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﺃ‍ﺗ‍‍ﺴ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺰ‍ﻯ ‍ﺑ‍‍ﻲ‍ ‍ﻗ‍‍ﺎ‍ﻝ‍: ‍ﻓ‍‍ﻘ‍‍ﻠ‍‍ﺖ‍: ‍ﻣ‍‍ﺎ ‍ﺃ‍ﺳ‍‍ﺘ‍‍ﻬ‍‍ﺰ‍ﻯ ‍ﺑ‍‍ﻚ‍, ‍ﻭ‍ﻟ‍‍ﻜ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﺎ ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﻠ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍ ‍ﺇ‍ﻥ‍ ‍ﻛ‍‍ﻨ‍‍ﺖ‍ ‍ﺗ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﻢ‍ ‍ﺃ‍ﻧ‍‍ﻲ‍ ‍ﻓ‍‍ﻌ‍‍ﻠ‍‍ﺖ‍ ‍ﺫ‍ﻟ‍‍ﻚ‍ ‍ﺍ‍ﺑ‍‍ﺘ‍‍ﻐ‍‍ﺎﺀ ‍ﻭ‍ﺟ‍‍ﻬ‍‍ﻚ‍ ‍ﻓ‍‍ﺎ‍ﻓ‍‍ﺮ‍ﺝ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﺎ ‍ﻓ‍‍ﻜ‍‍ﺸ‍‍ﻒ‍ ‍ﻋ‍‍ﻨ‍‍ﻬ‍‍ﻢ‍
‍ﺃ‍ﺧ‍‍ﺮ‍ﺟ‍‍ﻪ‍ ‍ﺍ‍ﻟ‍‍ﺒ‍‍ﺨ‍‍ﺎ‍ﺭ‍ﻱ‍ ‍ومسلم

Maksud;
(bahagian yg berkait dengan tajuk sahaja)

“ tiga orang telah bermusafir, tiba2 mereka telah timpa hujan, lalu mereka berlindung di dalam gua di sebuah bukit. Tiba2 seketul batu besar telah jatuh menutupi lubang gua mereka. Mereka berkata sesama mereka; “ mari kita berdoa dengan sebaik-baik amal soleh yang telah kita kerjakan”.
Salah seorang dari mereka pun berdoa;” ya Allah, sesungguhnya aku mempunyai dua ibu bapa yang sangat tua, dan aku bekerja sebagai pengembala kambing, kemudian aku memerah susu dan membawanya pulang kpd kedua ibu bapa ku. Lalu mereka berdua meminum susu tersebut. Setelahnya baru ku berikan kepada anak perempuan kecilku, keluarga ku dan isteriku. Suatu malam aku terhalang drp segera pulang. Setelah sampai ke rumah, kedua mereka telah tidur. Aku tidak mahu mengejutkan mereka sedang anak kecilku merengek di kaki ku krn mahukan susu (krn kelaparan). Aku terus dalam keadaan begitu, dan kedua ibu bapa ku juga terus dengan tidur mereka sehingga terbit fajar.
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha mengetahui bahawa aku berbuat begitu kerana mengaharapkan redho Mu maka bukakanlah bagi kami lubang ini sehingga kami dapat melihat langit”. Maka Allah gerakkan sedikit batu tersebut.

[Al adzkar al Nawawi: 408]
Kredit teks hadis adalah sumbangan ust. Khafidz Soroni.


Dalam hadis jelas menunjukkan akan kelebihan memuliakan kedua orang tua.
Namun Islam sebagai syariah yang lengkap, dapat menyelesaikan semua permasalahan umat, telah menggariskan jalinan peraturan yang tidaklah satunya bercanggah dengan peraturan yang lain. Seperti ketaatan kepada kedua ibu bapa tidaklah sampai mengabaikan keluarga dan rumah tangga.
Seorang lelaki yang bergelar suami, juga merupakan seorang anak kepada kedua ibu bapanya yang masih berkewajipan memberikan nafkah kpd mereka setelah mereka tua dan tidak mampu lagi bekerja.
Juga dia berkewajipan dengan tanggungjawab nafkah dan bermuamalah dengan baik terhadap keluarganya. Juga memberikan pendidikan kepada anak-anaknya. Bahkan nafkah itu wajib disebabkan tiga perkara;
1. Hubungan kerabat
2. Hubungan suami isteri
3. Hubungan perbudakan
[kifayah al akhyar: 87]

Dan baik anak-anaknya untuk berbakti kepada nya di hari2 tuanya yg mendatang adalah sangat bergantung dengan Baktinya kepada kedua orang tuanya. Apa lagi para ibu yg merupakan menantu kpd ibu suaminya, dalam masa yang sama adalah ibu kpd anak2 suaminya, suatu hari bakal berdepan dengan anak2 nya sendiri. Taat dan derhaka sang anak itu sangat bergantung ketaatan dan derhaka kpd kedua orang tuanya. Satu hadis Rasulullah SAW mengingatkan tentang perkara ini yang mafhumnya;
“Berbuat baiklah kepda kedua ibu bapa kamu, nescaya anak2 kamu akan berbuat baik kepada kamu”.

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz Aziz @azizkanun

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Dahulukan Isteri atau Ibu"

Post a Comment

Thank you for your comments