Hukum Solat Qasar Berimamkan Orang Yang Solat Secara Tamam




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz, boleh tak kita solat jamak asar dlm waktu zohor tetapi solat zohor kita sembahyang ikut imam..

Jawapan kami;

Menunaikan solat fardhu secara berjemaah bagi orang yang bermusafir hukumnya adalah sunat (Al-Baijuri).

Namun, perlu diingatkan bahawa sekiranya seseorang yang bermusafir ingin menunaikan solat jamak secara qasar, maka disyaratkan imam yang diikutinya mestilah dalam kalangan orang yang melaksanakan solat qasar juga. Disebutkan dalam Safinah al-Naja;

ولا أن يقتدى بمتم في جزء من صلاته

"(Hendaklah dia) tidak mengikut imam yang solat tamam (sempurna rakaat) dalam mana-mana bahagian solatnya."

Inilah syarat yang telah ditetapkan oleh Imam Syafi'i dan para ashab iaitu disyaratkan orang yang solat qasar tidak berimamkan orang yang solat secara tamam. Justeru, jika dia berimamkan orang yang solat secara tamam juga walaupun sebentar, maka ketika itu dia wajib menyempurnakan solatnya secara tamam (sempurna rakaat) (al-Majmuk).

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

1 Response to "Hukum Solat Qasar Berimamkan Orang Yang Solat Secara Tamam"

Thank you for your comments