Waktu Doa Mustajab Ketika Antara 2 Khutbah




Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Ketika berhenti seketika antara khutbah pertama ke khutbah kedua mengapa ada masjid diam sahaja, ada masjid baca doa berjemaah dan ada masjid berselawat saja?
mana 1 yg lebih afdhal?
jika doa, doa apa yg patut dibaca ketika itu?

Jawapan kami;

Lazimnya ketika khatib duduk di antara dua khutbah, bilal akan membacakan selawat atau doa. Oleh itu, perkara yang dianjurkan bagi khatib adalah membaca surah al-Ikhlas ketika duduk di antara dua khutbah tersebut, manakala bagi hadirin pula dianjurkan untuk berdoa secara perlahan tanpa mengganggu jemaah yang lain. Bahkan berdoa ketika khatib sedang duduk di antara dua khutbah juga termasuk di antara saat yang mustajab doa. Hal ini berdasarkan hadis riwayat Muslim (853) yang diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu anhu, sesungguhnya beliau pernah mendengar Nabi sollallahu alaihi wa sallam bersabda ;

“Ianya (saat yang mustajab doa) adalah waktu di antara imam duduk (di atas minbar) sehinggalah selesainya solat.”

Rujukan;

- Mughni al-Muhtaj
- al-Fatawa al-Kubra, Ibn Hajar
- I'anah al-Tolibin
- Bughyah al-Mustarsyidin


Wallahu a'lam.

Oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Waktu Doa Mustajab Ketika Antara 2 Khutbah"

Post a Comment

Thank you for your comments