Status Hadith "Memperlekehkan Suami Akibatnya Amalan Isteri Sia-sia"
Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
Soalan:
Apakah status hadith dlm gmbr ini?
Jawapan Ustaz Zulhusni Mat Resat:
Hadis pertama
إِذا قاَلَتِ المَرْأةُ لِزَوْجِها مَا رَأَيْتُ مِنْكَ خَيْراً قَطُّ فقد حَبِطَ عَمَلُها
“Jika seorang wanita itu berkata kepada suaminya: Aku tidak pernah melihat kebaikan daripada kamu, maka telah sia-sia amalannya.”
Riwayat Ibnu Abi al-Dunya daripada al-Hasan al-Basri secara mursal, Ibnu ‘Adi dalam al-Kamil dan Ibnu ‘Asakir dalam Tarikh Dimasyq melalui jalur perawi Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi daripada A’isyah.
Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi dinilai oleh ulama, antaranya sebagaimana berikut:
1. Abu Hatim: ضعيف الحديث، منكر الحديث، عنده عجائب
2. Al-Bukhari: صاحب عجائب
3. Ibnu Hibban: لا تحل الرواية عنه
Walau bagaimanapun, Yusuf bin Ibrahim al-Tamimi hanya dinilai sebagai da’if sahaja oleh Ibnu Hajar (تقريب التهذيب) dan al-Zahabi (الكاشف).
Al-Sayuthi dalam al-Jami al-Saghir mengisyaratkan hadis ini sebagai daif.
Al-Munawi dalam al-Taisir juga menilainya sebagai daif.
Hadis kedua
أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا الطَّلَاقَ فِي غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
Hadis riwayat Abdul Razaq, Ibnu Abi Syaibah, Ahmad, al-Darimi, Ibnu Majah, al-Termizi, Ibnu Hibban, al-Thabarani dalam al-Ausath, al-Hakim dan lain-lain.
Kata al-Termizi: “Hadis ini hasan.”
Kata al-Hakim: “Sahih atas syarat al-Bukhari dan Muslim.”
Kata al-Zahabi: “Atas syarat al-Bukhari dan Muslim.”
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO
0 Comment "Status Hadith "Memperlekehkan Suami Akibatnya Amalan Isteri Sia-sia""
Post a Comment