Cara Membersihkan Karpet yang Terkena Najis



Dari Group MSO-D18 Fiqh Akhwat (Wanita)

Soalan:

Bagaimana cara membersihkan karpet rumah yang di kencing kucing supaya bersih dari najis kecing kucing dan boleh di guna untuk Solat? Terima kasih
Jawapan Kami:

Basuh mcm biasa, iaitu buang najis terlebih dahulu. Setelah itu basuh dgn air mutlak sehngga hilang bau warna rasa...
Berbeza karpet rumah atau karpet masjid yang melekat  dgn karpet bersaiz kecil spt sejadah, maka basuhannya spt biasa spt membasuh pakaian. Jika karpet itu bersaiz besar, tetapi masih boleh diangkat, maka perlu dijirus supaya air jirusan boleh mengalir dan tidak terperap di bawah. Manakala untuk karpet bersaiz besar yang tidak boleh diangkat apa lagi yang melekat di lantai, maka najis air kencing kucing tadi dibuang dengan cara dilapkan jika masih ada ain najisnya. Jika sudah kering air kencing tersebut, maka memadai dengan terus djirus air mutlak ke atasnya dan dilapkan sehingga  hilang bau kencing kucing tu.  Setelah itu boleh lah digunakan utk solat seperti biasa.
Namun zaman canggih ni elok digunakan  Vacuum wet and dry. Basuh berkali2 dan vacum juga begitu.
Sunatnya tambah lagi dua basuhan setelah basuhan pertama yg menghilangkan bau dan warna jika ada.

Caranya;
  • Basuhan pertama yg hilangkan bau atau ain najis tu x kira walau pun bbrapa kali...hilang ja ain najisnya..itu dikira basuhan pertama
  • Maka tambah lagi dua basuhan....utk keluar drp khilaf dgn mazhab hanafi yg syaratkan tiga kali berdasarkan hadis
  • Guna vacum vet and dry ini sgt sesuai  dgn mazhab hanafi yg mensyaratkan perlu kering terlebih dahulu setiap basuhan....iaitu setiap kali basuh mesti dikeringkan terlebih dahulu dan diulang sehingga 3 kali proses yang sama.

Rujukan:
Minhaj tolibin syarah syarbini khatib
Al feqh al Islami wa adillatuh

Wallahu a’lam

Oleh: Ustaz Abdul Aziz

2 Comments

  1. Bagaimana penggunaan mesin basuh.
    Cara yg ikut syarak untuk mencuci pakaian.

    ReplyDelete
  2. Bagaimana penggunaan mesin basuh.
    Cara yg ikut syarak untuk mencuci pakaian.

    ReplyDelete

Thank you for your comments