Saranan Ulama' Terhadap Bacaan Solat Dhuha.:
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
🔴Soalan:
Assalamualaikum ustaz.... Ustaz.. Berapa banyak surah perlu dibaca sewaktu melakukan sunat dhuha. Sya keliru.. Nk 10x atau sekali pn memadai.. Mhn pencerahan ustaz. Terima kasih.
✅ Jawapan kami.
Wa alaikum salam.
وذكر الجلال السيوطي أن الأفضل أن يقرأ في الركعة الأولى منها بعد الفاتحة سورة والشمس بتمامها وفي الثانية الفاتحة وسورة والضحى للمناسبة ولما ورد في ذلك، وتبعه ابن حجر ولكن الذي ذهب إليه م ر واعتمده أن يقرأ في الأولى الكافرون والثانية الإخلاص ويفعل ذلك في كل ركعتين منها.
Saranan ulama' terhadap bacaan solat dhuha:
1.Imam Jalal Sayui & Imam Ibn Hajar:
🔹Rakaat Pertama:Membaca Surah As-Syams selepas Fatihah.
🔹Rakaat Kedua : Membaca Surah Ad-Dhuha selepas Fatihah
2.Imam Mohammd Ramli:
🔹Rakaat Pertama:Surah Al-Kafirun selepas Fatihah.
🔹Rakaat Kedua:Surah Al-Ikhlas selepas Fatihah.*begitulah dilakukan pada rakaat-rakaat seterusnya.
3.Abu Bakar Usman bin Muhammad Syata Ad-Dimyathi:
Beliau menghimpunkan dua pandangan ini
🔹Rakaat pertama: Surah As-Syams dan al-Kafirun selepas Fatihah.
🔹Rakaat Kedua: Surah Ad-Dhuha dan al-Ikhlas selepas Fatihah.*Rakaat selepasnya hanya
🔹Rakaat Pertama: surah Al-Kafirun selepas Fatihah
🔹Rakaat Kedua: surah al-Ikhlas selepas Fatihah.
(Hasyiah Ianah Tolibin&Nihayah Zaein)
Ustaz Aizuddin @AiyyuziAl-Usimi
Wallahu a'lam
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment " Saranan Ulama' Terhadap Bacaan Solat Dhuha.:"
Post a Comment