Dari Group Telegram MSO-D1 : Bicara Hadith
🔴Soalan:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: أصحابي كالنجوم، فبأيهم اقتديتم.
رواه رزين.
(مشكاة المصابيح)
tolong ustaz2 sekelian bagi syarah hadis ni dan semakan statusnya...
beserta hadis2 yg semakna dgnnya
Jawapan Ustaz محمد حافظ سوروني
Ini sebahagian ulasan drp artikel sy dahulu:
Hadis tersebut dan hadis yang semakna telah diriwayatkan dengan berbagai lafaz daripada beberapa orang sahabat RA iaitu;
i. Hadis ‘Umar RA – diriwayatkan oleh Ibn ‘Adi dalam al-Kamil, al-Khatib dalam al-Kifayah, Ibn Battah dalam al-Ibanah, Ibn ‘Abd al-Barr dalam Jami‘ Bayan al-‘Ilm, al-Bayhaqi dalam al-Madkhal dan lain-lain. Pada sanadnya terdapat ‘Abdur Rahim bin Zaid al-‘Ami, yang dikatakan pendusta oleh sebahagian pengkritik hadis.
ii. Hadis Ibn ‘Umar RA – diriwayatkan oleh ‘Abd bin Humaid dan Ibn Battah dalam al-Ibanah. Pada sanadnya terdapat Hamzah bin Abi Hamzah, seorang perawi matruk.
iii. Hadis Jabir RA – diriwayatkan oleh ad-Daraqutni dalam al-Fadha’il dan Ibn ‘Abd al-Barr dalam Jami‘ Bayan al-‘Ilm, katanya: “Sanad ini tidak mampu menjadi hujah”. Ibn Hazm az-Zahiri dalam al-Ihkam menghukum sanad ini sebagai palsu kerana Sallam bin Sulaiman @ Sulaim, yang dikatakan memalsukan hadis oleh sebahagian pengkritik hadis. Malah, kesemua jalan riwayat hadis ini bagi Ibn Hazm adalah palsu belaka. ad-Daraqutni turut meriwayatkan hadis Jabir RA ini daripada jalur riwayat lain di dalam kitab Ghara’ib Malik dengan sanad yang terdapat perawi-perawi majhul.
iv. Hadis Ibn ‘Abbas RA – diriwayatkan oleh al-Khatib dalam al-Kifayah, Ibn Battah dalam al-Ibanah dan al-Bayhaqi dalam al-Madkhal, katanya: “Hadis ini masyhur matannya, namun sanad-sanadnya daif, tiada satu sanad pun yang sabit mengenainya”.
v. Hadis Abu Hurairah RA – diriwayatkan oleh al-Qudha‘i dalam Musnad as-Syihab. Pada sanadnya terdapat Ja‘far bin Abdul Wahid al-Hasyimi, yang dikatakan pendusta oleh sebahagian pengkritik hadis.
vi. Hadis Anas RA – diriwayatkan oleh al-Bazzar dalam satu juzuk hadisnya dengan sanad yang lemah, sepertimana kata Ibn al-Mulaqqin dalam al-Badr al-Munir.
Soalan 2:
Apakah status hadis ini sah kerana banyak jalan riwayatnya?
Jawapan:
Walaupun terdapat berbagai jalan riwayat, namun banyak yang menerima kritikan berat. Justeru, kebanyakan ulama hadis hanya merumuskannya sebagai hadis daif, tidak sah atau palsu. Antara ulama hadis yang mengatakannya palsu atau tidak sah ialah: Imam Ahmad bin Hanbal, al-Bazzar, Ibn Hazm az-Zahiri, Ibn ‘Abd al-Barr, Ibn al-Jawzi, az-Zahabi dan Ibn al-Mulaqqin.
Manakala ulama hadis yang mengatakannya daif dan seumpamanya (yakni tidak palsu) ialah: Ibn ‘Adi, al-Bayhaqi, Ibn ‘Asakir, al-‘Iraqi, al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, as-Sakhawi, as-Suyuti, Mulla ‘Ali al-Qari, al-Munawi dan lain-lain.
Imam as-Sya‘rani dalam kitab al-Mizan menyatakan bahawa hadis tersebut sahih berdasarkan kasyaf ahli sufi. Walaupun kasyaf ahli sufi tidak diterima sebagai kaedah penilaian hadis yang kukuh. Sekurang-kurangnya ia menyokong kenyataan bahawa hadis tersebut ada asalnya, terutama kerana jalan riwayatnya yang banyak.
Klik link ini untuk join group Bicara Hadith:
https://telegram.me/bicara_hadithMSO

0 Comment "Status Hadithأصحابي كالنجوم، فبأيهم اقتديتم"
Post a Comment