Adakah Riba dalam Agensi Kewangan?
Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam
🔴Soalan:
assalamualaikum ustaz, saya musykil bab "bayaran faedah"
ada agensi kerajaan, cth LHDN, kwsp, perkeso yang mengenakan bayaran tambahan jika bayaran lambat dibuat. Semakin lambat dibayar, semakin naik denda yang disebut "faedah". soalan saya
1. adakah faedah yg dikenakan satu riba?
2. jika pembayar mempunyai masalah kewangan cth belum dpt bayaran dari pelanggan, dan bukan sengaja melewatkan bayaran, adakah pembayar juga dikira bersubahat dlm "riba" ini walaupun ia tiada maksud utk bayar lambat.
terima kasih ustaz.
Jawapan;
Agensi-agensi seperti Kwsp, masih belum diislamikkan. Fasa ke 3 kewangan Islam, mengislamikkan kwsp, dan beberapa institusi lain, kita hanya melalui fasa mengislamisasikan perbankan dan koperasi iaitu Bank Rakyat, bank persatuan dan koperasi2.
Dlm kewangan Islam, tiada riba duyun jika lambat bayar, yg ada ialah takwidh dan gharamah. Bank hanya berhak dpt takwidh pd kadar satu peratus (ditetapkan oleh BNM), dan gharamah perlu disedekahkan kpd badan kebajikan. Apa lojik kadar satu peratus.
Ulama membenarkan pemiutang mengenakan kadar sebenar kosnya menuntut hutangnya apabila penghutang ingkar. Tp bagi mengelak ban2 mendakwa kosnya besar, makan didisiplinkan kadarnya hanya pd 1 peratus. Kos sebenar meliputi, kos posting, kos pegawai yg sentiasa memantau, dan kos-kos lain. Manakala gharamah (atau denda) dikenakan semcm kiraan bank riba, tetapi bank2 tidak boleh mengiktirafnya sebagai hasil, ttp hendaklah disedekahkan. Bank2 Islam kena laporkan jumlah ini dan dipantau oleh Syariah komiti bank masing2.
Sebarang salah laku Syariah, pengurusan bank boleh didenda 25 juta, atau dipenjarakan sebagaimana tercatat dlm IFSA 2013. Kenapa kenakan denda atau gharamah, kerana BNM selaku pemerintah bertindak mendisiplinkan penghutang supaya bayar hutang. Jgn pula kerana dapat biaya drpd bank2 Islam, hutang taknak bayar..
Wallahu ta'ala a'lam.
Oleh Prof Madya Dr Asmadi
Group Muamalat & Ekonomi Islam MSO-D16
https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jucnQ9D4g0ceVmUmg
0 Comment "Adakah Riba dalam Agensi Kewangan?"
Post a Comment