Wanita yang Diceraikan Sebelum Disetubuhi oleh Suaminya Tidak Wajib Beriddah





Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

Soalan:

Assalamualaikum ustaz...
nak tanya ..

isteri yg diceraikan suami selepas 2 @ 3 jam akad nikah.. dan belum bersama suami...

perlukah tunggu habis iddah utk berkahwin semula...

Jawapan kami;

Wanita yang diceraikan sebelum disetubuhi oleh suaminya tidak wajib beriddah. Firman Allah Taala;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نَكَحْتُمُ الْمُؤْمِنَاتِ ثُمَّ طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِنْ قَبْلِ أَنْ تَمَسُّوهُنَّ فَمَا لَكُمْ عَلَيْهِنَّ مِنْ عِدَّةٍ تَعْتَدُّونَهَا ۖ فَمَتِّعُوهُنَّ وَسَرِّحُوهُنَّ سَرَاحًا جَمِيلًا

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan yang beriman, kemudian kamu ceraikan mereka sebelum kamu menyentuhnya, maka tiadalah kamu berhak terhadap mereka mengenai sebarang iddah yang kamu boleh hitungkan masanya. Oleh itu, berilah "mut'ah" (pemberian sagu hati) kepada mereka, dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya."(Surah al-Ahzab 49).

Justeru, menurut syarak wanita tersebut harus bernikah tanpa perlu melalui tempoh iddah. Namun begitu, menurut undang-undang yang berkuatkuasa di negara ini, wanita tersebut perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada mahkamah syariah sebelum membuat permohonan untuk melangsungkan sesuatu pernikahan. Sebagai contohnya apa yang termaktub dalam Seksyen  14 (3) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 yang memperuntukkan bahawa;

"Jika perempuan itu mendakwa telah bercerai sebelum dia telah disetubuhi oleh suaminya dalam perkahwinan itu, dia tidak boleh, dalam masa ‘iddah perceraian biasa, berkahwin dengan seseorang yang lain daripada suaminya yang dahulu itu, kecuali dengan kebenaran Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat pengantin perempuan itu bermastautin."

Wallahu a'lam.

oleh Ustaz اليسع

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Wanita yang Diceraikan Sebelum Disetubuhi oleh Suaminya Tidak Wajib Beriddah"

Post a Comment

Thank you for your comments