doa selepas witir |
Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)
بسم الله الرحمن الرحيم،
Persoalan:
Apakah aturcara@kaifiat paling afdhal mengerjakan solat witir dalam Mazhab Syafie?...
Jawapan:
Syara' menganjurkan melakukan solat witir sebanyak tiga rakaat bahkan lebih afdhal daripada satu rakaat, adapun pada tiga rakaat tersebut dibolehkan dikerjakan dengan satu salam ataupun dua salam tetapi yang lebih afdhal adalah dengan dua salam bersesuaian dengan umum qaedah fiqh :
جريا علي القاعدة:
ما كان اختصر فعلا كان اختصر فضلا
Sebarang pekerjaan (ibadah) yang ringkas perbuatannya, dalam erti kata sedikit pekerjaannya, maka kuranglah kelebihan kerna ganjaran diberikan itu adalah setimpal dengan pekerjaannya...
*Bahkan solat witir 3 rakaat tersebut disambung dalam 3 rakaat sekaligus dengan satu salam hukumnya makruh bahkan ada ulama Syafieyyah menghukumkan perbuatan demikian sebagi khilaful Aula' sebagaimana dinukilkan dalam Asal Raudhah bagi Al-imam Nawawi rahimahulloh seeloknya dikerjakan solat witir 3 rakaat dengan 2 salam....
Referensi/Sumber Rujukan:
ويجوز لمن زاد على ركعة الفصل بين كل ركعتين بالسلام وهو أفضل من الوصل بتشهد أو تشهدين في الركعتين الأخيرتين ولا يجوز الوصل بأكثر من تشهدين والوصل خلاف الأولى فيما عدا الثلاث وفيها مكروه للنهي عنه في خبر " ولا تشبهوا الوتر بصلاة المغرب"___وهذا هو مقتضى التشبيه بصلاة المغرب لكن في بعض العبارات ما يدل على أن الوصل مكروه إذا أتى بثلاث ركعات فقط فإن أتى بأكثر فخلاف الأولى. إعانة الطالبين ١/٢٥٠
Kitab Ianah Tholibin m/s (1/250)
Wallahua'lam...
IbnuQassem@Salafytobat93
USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i
0 Comment "Witir Paling Ringan"
Post a Comment