Hukum Bayar Zakat Anak Yang Belum Berpendapatan




Dari Group Telegram MSO-D16 : Muamalat dan Ekonomi Islam

Soalan:

Assalammualaikum
boleh tak seorang ibu bayar zakat kpd anak lelaki yg masih belum ada pendapatan sendiri setelah habis belajar.

Jawapan kami;


1. Harus bagi ibu atau bapa memberi zakat kepada anaknya yang wajib dinafkahinya sekiranya anaknya itu terdiri daripada asnaf gharimin (orang yang berhutang sekadar yang cukup untuk membayar hutang), ibn sabil (sekadar yang cukup belanja untuk ke tempat ditujunya) atau muallaf dan bukan atas sebab asnaf fakir atau miskin (Bughyah al-Tullab).

2. Harus bagi anak memberi zakat kepada ibubapanya yang wajib dinafkahinya sekiranya mereka terdiri daripada asnaf gharimin (orang yang berhutang sekadar yang cukup untuk membayar hutang), ibn sabil (sekadar yang cukup belanja untuk ke tempat ditujunya) atau muallaf dan bukan atas sebab asnaf fakir atau miskin (Bughyah al-Tullab).

3. Harus bagi suami memberi zakat kepada isterinya yang wajib dinafkahinya sekiranya isterinya itu terdiri daripada asnaf gharimin (orang yang berhutang sekadar yang cukup untuk membayar hutang), ibn sabil (sekadar yang cukup belanja untuk ke tempat ditujunya) atau muallaf dan bukan atas sebab asnaf fakir atau miskin (Bughyah al-Tullab).

4. Tidak harus dan tidak sah ibu atau bapa memberi zakat kepada anak atau cucunya yang telah berakal, baligh, dan yang tidak mampu untuk bekerja (Sullam al-Sibyan).

5. Harus dan sah ibu atau bapa memberi zakat kepada anaknya yang MISKIN, yang telah berakal, baligh, dan yang mampu untuk bekerja sekalipun anaknya itu belum berkahwin, masih tinggal bersama ibu bapanya dan makan minum bersama ibu bapanya (Sullam al-Sibyan).

اليسع

Wallahu a'lam.

Group Muamalat & Ekonomi Islam MSO-D16

https://telegram.me/joinchat/Ae6R7jucnQ9D4g0ceVmUmg

0 Comment "Hukum Bayar Zakat Anak Yang Belum Berpendapatan"

Post a Comment

Thank you for your comments