Hukum Solat Qadha 5 Waktu Disekalikan


Dari Group Usrah Solat : Q&A Ibadah (MSO-D7)

🔴Soalan:


boleh kah kita solat 5 qodah sekali dan mcm mn niatnya
[Boleh kah kita qadha solat 5 waktu sekali gus?
Mcm mana niatnya?]

Jawapan Kami:

Jawapannya ialah dibolehkan mengerjakan lima solat fardhu untuk diqadha dalam satu masa sekiranya tidak mengakibatkan terlepas waktu solat semasa (solat fardhu yang tunai). Seperti cth seseorang yang berada dalam waktu zuhur boleh qadha semua atau sebanyak mungkin mana2 solatnya yg tertinggal dengan sengaja atau tidak sengaja, selagi dia tidak terlepas waktu zuhur tersebut.
Lafaz niat qadha adalah seperti berikut; “sahaja aku solat fardhu subuh (ubah ikut solat yg kita qadha kan) dua rekaat qadha kerana aAllah”
Namun tetap sahaja sah solat qadha sekali pun tidak dinyatakan lafaz qadhanya.
 Perinciannya adalah seperti di bawah

1. Adalah wajib menyegerakan qadha(ganti) mana2 solat fardhu yang ditinggalkan dengan sengaja, iaitu tanpa sebarang keuzuran yang dibenarkan syara’.

2. Wajib juga mendahulukan solat qadha berbanding solat waktu semasa(solat tunai) jika waktu masih berbaki dan solat fardhu itu ditinggalkan dengan sengaja. Spt seseorang yang berada dalam waktu zuhur wajib menunaikan solat qadha terlebih dahulu sebelum menunaikan solat zuhur yang tunai.

3. Manakala bagi solat fardhu yang tertinggal kerana keuzuran, spt kerana ketiduran maka hukumnya sunat disegerakan qadhanya.

Maka Sunat juga baginya menyusun ikut urutan waktu2 solat seperti mendahulukan subuh sebelum mengerjakan zuhur dan seterusnya.
sunat juga dia mendahulukan solat qadhanya berbanding solat waktu semasa (solat tunai).

Kata syeikh Ibn Hajar al Haithami “orang yang telah meninggalkan solat fardhunya dengan sengaja, wajib ke atasnya menghabiskan seluruh waktunya untuk menggantikan dengan kadar segera. Namun dikecualikan ke atasnya masa2 yg diperlukannya utk menguruskan hidupnya seperti tidur, mencari rezeki dan lain2 kerja yang berbentuk tidak boleh dilambatkan. Juga diharamkan ke atasnya menyibukkan diri dgn solat2 sunat”.

[i’anah Tolibin syarah fathul Muin]
Jilid 1: ms 23
Cetakan mustafa al halabi

Wallahu a’lam

Oleh Ustaz Aziz @azizkanun

Soalan 2:

🔴Assalamualaikum ustaz,
Bolehkah kita solat subuh selepas terbit matahari contohnya dalam jam 7-10 pagi.

Jawapan kami.

Wa alaikum salam

Melakukan solat secara tunai/ada' perlulah dilakukan di dalam waktunya.

Waktu solat subuh adalah dari naiknya fajar sodiq sehingga naiknya matahari.

فصبح إلى طلوع شمس

Maksudnya: Waktu subuh itu bermula daripada naiknya fajar sadiq sehingga naiknya matahari.

Jika melakukan solat diluar waktunya ianya tidak dipanggil solat secara ada'/tunai, tetapi dipanggil qada'.

*Nihayah Zain li Syeikh Nawawi al-Bantani.

Wallahu a'lam

Oleh Ustaz Aizuddin @AiyyuziAlUsimi

USRAH SOLAT DAN Q&A IBADAH
https://telegram.me/usrah_solat_MSO
**Channel Usrah Solat MSO-D7 berdasarkan fiqh mazhab al-Syafi'i

0 Comment "Hukum Solat Qadha 5 Waktu Disekalikan"

Post a Comment

Thank you for your comments