Photos from Penuntut Ilmu's post

Al-Imām al-ʿAllāmah al-Shaykh Muḥammad bin ʿAbdullah bin Fayrūz al-Tamīmī al-Ḥanbalī al-Aḥsāʾī al-Najdī (1142H-1216H) Menolak Fahaman Takfir Wahhabi

<<<<< >>>>>

Di antara ulama’ besar mazhab Ḥanbalī yang bangkit menolak fitnah takfir yang dibawa oleh pengasas Wahhabism (Muḥammad Bin ʿAbd al-Wahhāb al-Najdī (1115H-1206H) ialah:

Al-ʿAllāmah al-Fahhāmah al-Imām Muḥammad bin ʿAbdullāh bin Muḥammad bin Fayrūz al-Tamīmī al-Ḥanbalī al-Aḥsāʾī al-Najdī (1142H-1216H).

Beliau telah mengarang sebuah risalah bagi menolak fitnah takfir yang dilakukan oleh pengasas Wahhabism ini, khususnya terhadap umat Islam di Riyāḍ dan kawasan sekitarnya di awal kemunculan mereka. Risalah “Radd Ibnu Fayrūz al-Ḥanbalī” ini diberi nama oleh pentahqiqnya sebagai:

اَلرَّدُّ عَلَى مَنْ كَفَّرَ أَهْلَ الرِّيَاضِ وَمَنْ حَوْلَهُمْ مِنَ الْمـُسْلِمِينَ

“Penolakan Terhadap Sesiapa Yang Mengkafirkan Penduduk Riyāḍ dan Penduduk Sekitarnya daripada Kalangan Muslimin.”

Beliau dengan jelas menyebut tentang fenomena takfir yang dilakukan pengasas gerakan Wahhabi di awal risalah beliau ini. Beliau menyebut, hal. 25:

فاعلموا - هدانا الله وإياكم - أنه تقرر وظهر عند الخاص والعام أن ابن عبد الوهاب كفر [جلة] من المسلمين، منهم أهل الرياض وغيرهم، وأباح دمائهم وأموالهم وسار إلى البلدان يعاهد أهلها على قتال أهل الرياض وغيرهم، وأباح دماءهم وأموالهم وجعلهم كالمشركين الذين أمر الله نبيه [بقتالهم] وسبي ذراريهم ونهب أموالهم.

“Ketahuilah oleh kamu semua – semoga Allah memberi petunjuk kepada kami dan kamu semua – bahawa sesungguhnya telah tetap dan jelas di sisi masyarakat awam dan khusus bahawa sesungguhnya Ibnu ʿAbd al-Wahhāb (pengasas Wahabi) telah mengkafirkan kebanyakan daripada orang-orang Islam, di antara mereka adalah penduduk Riyāḍ dan selain mereka, dan dia menghalalkan darah (nyawa) serta harta benda mereka.

Dan dia telah pergi ke beberapa negeri dan membuat perjanjian dengan mereka untuk memerangi penduduk Riyāḍ dan selain mereka, serta menghalalkan darah serta harta benda mereka, dan menjadikan mereka seperti orang-orang musyrikin yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi-Nya untuk memerangi mereka, dan menawan [para wanita dan] zuriat-zuriat mereka, dan merampas harta-harta mereka.”

PENUNTUT ILMU







(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/928307512414434

0 Comment "Photos from Penuntut Ilmu's post"

Post a Comment

Thank you for your comments