BAPA KANDUNG NABI IBRAHIM عَلَيْهِ السَّلَامُ IALAH SEORANG YANG BERIMAN DAN BUKAN PENGUKIR BERHALA (2)
[Dalil Kedua] Al-Quran [Ayat 58, Surah Al-Tawbah]
Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى berfirman (al-Tawbah:58):
إِنَّمَا ٱلْمـُشْرِكُونَ نَجَسٌ
“Sesungguhnya orang-orang kafir musyrik itu najis [maknawi pada kepercayaan mereka].”
Al-Imām al-Mufassir al-Mujaddid [Kurun Ke-6] Fakhr al-Dīn al-Rāzī (w.606H) menyebut di dalam tafsirnya “Mafātīḥ al-Ghayb/ al-Tafsīr al-Kabīr”, Jil. 13/32, hal. 33:
وَذَلِكَ يُوجِبُ أَنْ يُقَالَ: إِنَّ أَحَدًا مِنْ أَجْدَادِهِ مَا كَانَ مِنَ الْمـُشْرِكِينَ.
“Dan ayat ini [bersama hadis berkenaan kesuciaan keturunan Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] mewajibkan untuk dikatakan bahawa:
Sesungguhnya tidak ada seorang pun daripada datuk-datuk Baginda [Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] itu daripada kalangan orang-orang musyrik [kerana orang-orang musyrik itu najis dengan nas Al-Quran]."
إِذَا ثَبَتَ هَذَا فَنَقُولُ: ثَبَتَ بِمَا ذَكَرْنَا أَنَّ وَالِدَ إِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَامُ مَا كَانَ مُشْرِكًا، وَثَبَتَ أَنَّ آزَرَ كَانَ مُشْرِكًا. فَوَجَبَ الْقَطْعُ بِأَنَّ وَالِدَ إِبْرَاهِيمَ كَانَ إِنْسَانًا آخَرَ غَيْرَ آزَرَ.
”Apabila telah thābit [hakikat ini dan hakikat bahawa Nabi Muhammad صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ adalah daripada keturunan Nabi Ibrahim سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى], maka kita katakan bahawa:
Telah thābit dengan [dalil] yang kami nyatakan bahawa wālid (bapa kandung) [Nabi] Ibrāhīm عَلَيْهِ السَّلَامُ bukanlah seorang musyrik, sedangkan telah thābit bahawa Āzar ialah seorang musyrik.
Maka wajiblah untuk dikatakan secara pasti (qaṭʿī) bahawa sesungguhnya wālid (bapa kandung) [Nabi] Ibrāhīm عَلَيْهِ السَّلَامُ adalah orang yang lain berbeza dengan Āzar.”
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/936032471641938
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
BAPA KANDUNG NABI IBRAHIM عَلَيْهِ السَّلَامُ IALAH SEORANG YANG BERIMAN DAN BUKAN PENGUKIR BERHALA (2)
[Dalil Kedua] Al-Quran ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "BAPA KANDUNG NABI IBRAHIM عَلَيْهِ السَّلَامُ IALAH SEORANG YANG BERIMAN DAN BUKAN PENGUKIR BERHALA (2) [Dalil Kedua] Al-Quran ..."
Post a Comment