Matan “Manẓūmat Ṣafwat al-Zubad” oleh al-Imām al-ʿAllāmah Aḥmad bin Ruslān al-Shāfiʿī
<<<< >>>>
8: Ancaman bagi Si Alim
فـَعَــالِــمٌ بِـعِلْـمِـهِ لَـمْ يَعْمَلَــنْ
مُـعَــذَّبٌ مِنْ قَـبْلِ عُـبَّادِ الْــوَثَــنْ
”Orang alim (berilmu) yang tidak beramal dengan ilmunya * diazab sebelum para penyembah berhala.”
Nota:
Berdasarkan hadis Ṣaḥīḥ Muslim berkenaan tiga golongan yang mula-mula dihakimi di Akhirat dan dimasukkan ke dalam api neraka: [i] syahid, [ii] ahli al-Quran/ ilmu dan [iii] dermawan [yang tidak ikhlas].
<<<< >>>>
9: Ancaman bagi Si Jahil
وَكُلُّ مَنْ بِغَـيْرِ عِلْـمٍ يَـعْـمَــلُ
أَعْمَالُــهُ مَرْدُودَةٌ لَا تُقْـبَــلُ
”Dan setiap orang yang beramal tanpa ilmu [berkenaan kadar sah dan batalnya amalan tersebut], maka amalan-amalannya tertolak tidak diterima.”
Nota:
Sebahagian naskhah berbunyi:
أَعْمَالُــهُ مَرْدُودَةٌ لَا تَكْمُلُ
”Amalan-amalannya tertolak, tidak sempurna.”
Dalam erti kata lain, sesiapa yang beramal dengan suatu amalan tanpa mengetahui kadar minimum berkenaan sah dan batalnya, maka dia seumpama tidak beramal. Dengan kata yang lebih ringkas:
”Beramal tanpa ilmu seumpama tidak beramal.”
Dalilnya ialah hadis saḥīḥ al-Bukhārī dan Muslim berkenaan ”al-musīʾ ṣalātah” [lelaki yang bersolat tanpa menyempurnakan kesahihan rukuk dan sujud terutamanya ṭamaʾnīnah], lalu Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda kepadanya:
اِرْجِعْ فَصَلِّ فَإِنَّكَ لَمْ تُصَلِّ
”Kembalilah bersolat. Sesungguhnya engkau belum melaksanakan solat.”
Walaupun lelaki tersebut telah bersolat sebanyak tiga (3) sambil diperhatikan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ, Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ tetap menyatakan bahawa dia belum mengerjakan solat.
Lelaki tersebut ialah Saidina Khallād bin Rāfiʿ al-Khazrajī al-Badrī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: beliau adalah salah seorang sahabat Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang menyertai peperangan Badar.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/940364981208687
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Matan “Manẓūmat Ṣafwat al-Zubad” oleh al-Imām al-ʿAllāmah Aḥmad bin Ruslān al-Shāfiʿī
<<<< >>>>
8: Ancaman bagi Si Alim
فـَع...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Matan “Manẓūmat Ṣafwat al-Zubad” oleh al-Imām al-ʿAllāmah Aḥmad bin Ruslān al-Shāfiʿī <<<< >>>> 8: Ancaman bagi Si Alim فـَع..."
Post a Comment