Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menamakan Golongan Khawarij sebagai “Anjing-anjing Neraka” (Kilāb al-Nār) Berkali-kal...

Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menamakan Golongan Khawarij sebagai “Anjing-anjing Neraka” (Kilāb al-Nār) Berkali-kali

<<<<< >>>>>

عَنْ أَبِي غَالِبٍ، قَالَ:

رَأَى أَبُو أُمَامَةَ [رَضِيَ اللهُ عَنْهُ] رُءُوسًا مَنْصُوبَةً عَلَى دَرَجِ مَسْجِدِ دِمَشْقَ، فَقَالَ أَبُو أُمَامَةَ: كِلَابُ النَّارِ شَرُّ قَتْلَى تَحْتَ أَدِيمِ السَّمَاءِ، خَيْرُ قَتْلَى مَنْ قَتَلُوهُ ثُمَّ قَرَأَ: ﴿ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ ﴾ إِلَى آخِرِ الْآيَةِ، قُلْتُ لِأَبِي أُمَامَةَ: أَنْتَ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: لَوْ لَمْ أَسْمَعْهُ إِلَّا مَرَّةً أَوْ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا أَوْ أَرْبَعًا حَتَّى عَدَّ سَبْعًا مَا حَدَّثْتُكُمُوهُ.

Daripada Abū Ghālib, beliau berkata:

“[Saidina] Abū Umāmah al-Bāhilī رَضِيَ اللهُ عَنْهُ telah melihat kepala-kepala [Khawārij Azāriqah yang] dipacakkan di tangga-tangga masjid Damsyik [oleh Khilāfah Banī Umayyah], lalu beliau berkata:

“[Mereka (khawārij Azāriqah) adalah] anjing-anjing neraka. Seburuk-buruk golongan yang dibunuh di bawah langit (dunia ini). Sebaik-baik orang yang terbunuh adalah orang-orang dibunuh oleh mereka.”

Kemudian beliau membaca ayat Al-Quran (Āli ʿImrān:106):

﴿ يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُوا الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ ﴾

“[Ingatlah akan] hari [kiamat yang padanya] ada muka [orang-orang] menjadi putih berseri, dan ada muka [orang-orang] menjadi hitam legam. Adapun orang-orang yang telah hitam legam mukanya, [mereka akan ditanya secara menempelak]: “Patutkah kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? Oleh itu rasalah azab seksa neraka disebabkan kekufuran kamu itu”.

Aku pun berkata kepada Abū Umamah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ:

“Adakah engkau mendengarnya daripada Rasulullah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ [bahawa Khawarij adalah anjing-anjing neraka]?.”

Beliau pun berkata:

“Jika aku tidak mendengarnya melainkan sekali, atau dua kali, atau tiga kali, atau empat kali, sehingga beliau membilang sampai tujuh kali [daripada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ], maka aku tidak akan memberitahu kamu tentangnya.”

T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3000 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ); (Ibn Mājah (273H): Sunan Ibn Mājah), No. 176; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 21704 & 21810; (al-Ḥākim (405H): al-Mustadrak ʿalā al-Saḥīḥayn), No. 2581 dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ عَلَى شَرْطِ مُسْلِمٍ، وَلَمْ يُخَرِّجَاهُ) dan lain-lain. [Status: Ḥasan atau Ṣaḥīḥ atau Ṣaḥīḥ li ghayrih]

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/927435629168289

0 Comment "Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Menamakan Golongan Khawarij sebagai “Anjing-anjing Neraka” (Kilāb al-Nār) Berkali-kal..."

Post a Comment

Thank you for your comments