Empat Kelebihan Besar bagi Zikir Tahlīl Kāmil Sebanyak Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Maghrib <<<<< >>>>> عَنْ عُمَارَةَ بْنِ...

Empat Kelebihan Besar bagi Zikir Tahlīl Kāmil Sebanyak Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Maghrib

<<<<< >>>>>

عَنْ عُمَارَةَ بْنِ شَبِيبٍ السَّبَائِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

مَنْ قَالَ: لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمـُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ عَلَى إِثْرِ الْمـَغْرِبِ، بَعَثَ اللهُ مَسْلَحَةً يَحْفَظُونَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَتَبَ اللهُ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ مُوجِبَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ مُوبِقَاتٍ، وَكَانَتْ لَهُ بِعَدْلِ عَشْرِ رِقَابٍ مُؤْمِنَاتٍ

Daripada ʿUmārah bin Shabīb al-Sabāʾī, beliau berkata: Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Barang siapa yang mengucapkan:

لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمـُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

“Tiada tuhan [yang berhak disembah (maʿbūd), yang menjadi menjadi tujuan dan maksud dalam segala amalan (maqṣūd) serta yang disaksikan dengan hati dan roh dalam setiap keadaan (mashḥūd)] melainkan Allah, hanya Dialah semata-mata, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya segala kekuasaan dan bagi-Nya segala pujian, Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dia Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu”,

sebanyak sepuluh (10) kali, setelah selesai melakukan solat Maghrib, maka:

[i] Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى akan mengutuskan para malaikat penjaga, mereka akan memeliharanya daripada syaitan sehingga dia memasuki waktu pagi.

[ii] Dan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى mencatatkan baginya sepuluh (10) kebaikan yang mewajibkan [syurga baginya] dengannya.

[iii] Dan Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى memadamkan daripadanya sepuluh (10) kejahatan yang membawa kepada kemusnahan.

[iv] Dan baginya [pahala kebajikan] seumpama memerdekakan sepuluh (10) orang hamba yang beriman.”

T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3534 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ، لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ لَيْثِ بْنِ سَعْدٍ، وَلَا نَعْرِفُ لِعُمَارَةَ بْنِ شَبِيِبٍ سَمَاعًا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ); (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Kubrā), No. 10338; (Ibn Qāniʿ (351H): Muʿjam al-Ṣaḥābah), No. 2133 & (Ibn al-Athīr (630H): Usd al-Ghābah fi Maʿrifat al-Ṣaḥābah). [Status: Mursal. Berkenaan ʿUmārah bin Shabīb, al-Ḥāfiẓ al-Mizzī dan al-Ḥafiẓ al-Dzahabī berkata: (مختلف في صحبته) dan perawi yang lain adalah thiqah atau ṣadūq]

Nota:

Berkenaan dengan lafaz “maslaḥah”, al-Imam Ibnu al-Athīr (w.606H) menyebut di dalam “al-Nihāyah fī Gharīb al-Ḥadīth wa al-Athar”:

الْمـَسْلَحَةُ: الْقَوْمُ الَّذِينَ يَحْفَظُونَ الثُّغُورَ مِنَ الْعَدُوِّ وَسُمُّوا مَسْلَحَةً ؛ لِأَنَّهُمْ يَكُونُونَ ذَوِي سِلَاحٍ ؛ أَوْ لِأَنَّهُمْ يَسْكُنُونَ الْمـَسْلَحَةَ وَهِيَ كَالثَّغْرِ . وَالْمـَرْقَبُ يَكُونُ فِيهِ أَقْوَامٌ يَرْقُبُونَ الْعَدُوَّ لِئَلَّا يَطْرُقَهُمْ عَلَى غَفْلَةٍ فَإِذَا رَأَوْهُ أَعْلَمُوا أَصْحَابَهُمْ لِيَتَأَهَّبُوا لَهُ وَجَمْعُ الْمـَسْلَحِ مَسَالِحُ.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/937757591469426

0 Comment "Empat Kelebihan Besar bagi Zikir Tahlīl Kāmil Sebanyak Sepuluh (10) Kali Selepas Solat Maghrib <<<<< >>>>> عَنْ عُمَارَةَ بْنِ..."

Post a Comment

Thank you for your comments