Hikmah dan Kebijaksaan Para Ulama’ Melayu: Amalan “Majlis Zikir” Selepas Solat Fardu <<<<< >>>>> Majlis Zikrullah Di Masjid-Ma...

Hikmah dan Kebijaksaan Para Ulama’ Melayu: Amalan “Majlis Zikir” Selepas Solat Fardu

<<<<< >>>>>

Majlis Zikrullah Di Masjid-Masjid Adalah Majlis Orang-Orang Yang Mempunyai Kemuliaan Di Sisi Allah عَزَّ وَجَلَّ

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

(( يَقُولُ اللهُ جَلَّ وَعَلَا: سَيَعْلَمُ أَهْلُ الْجـَمْعِ الْيَوْمَ مَنْ أَهْلُ الْكَرَمِ ))، فَقِيلَ: مَنْ أَهْلُ الْكَرَمِ يَا رَسُولَ اللهِ؟ قَالَ: (( أَهْلُ مَجَالِسِ الذِّكْرِ فِي الْمـَسَاجِدِ ))

Daripada Abū Saʿīd [al-Khudrī] رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Allah (jalla wa ʿalā) berfirman (hadith qudsi): “Orang-orang di dalam perhimpunan pada hari (Akhirat) ini akan mengetahui siapakah mereka orang-orang yang mempunyai kemuliaan [di sisi-Ku].”

Maka [Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ] ditanya: “Siapakah ahli (pemilik) kemuliaan itu, wahai Rasulullah?.”

Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menjawab: “Ahli majlis-majlis zikir di masjid-masjid [ketika di dunia].”

T: (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No.816 [Lafaz di atas]; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No.27309 & 27322; (Abū Yaʿlā al-Mawṣilī (307H): Musnad Abī Yaʿlā al-Mawṣilī), No. 1046&1403; (al-Bayhaqī (458H): Shuʿab al-Īmān), No. 535 dan lain-lain.

Nota:

Istilah “Majlis Zikir” adalah istilah yang datang daripada Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sendiri di dalam banyak hadis Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. Ia bukanlah istilah yang diciptakan atau dimulakan oleh para ulama’ semata-mata. Hakikat ini menunjukkan kepentingan dan kemuliaan “Majlis Zikir” di dalam Islam. Hadis ini juga menunjukkan kaitan masjid dengan “Majlis Zikir”.

Istilah “Majlis Zikir” boleh merujuk kepada empat majlis iaitu:

(i) Majlis zikir (dengan makna yang khusus), di mana tasbih, tahmid, tahlil, takbir, selawat dan istighfar serta sebahagian Al-Quran dibaca secara berjemaah/ beramai-ramai,

(ii) Majlis pembacaan Al-Quran secar berjemaah/ beramai-ramai atau sebahagiannya membaca Al-Quran dan sebahagian pula mendengarnya,

(iii) Majlis ilmu, di mana ilmu-ilmu agama khususnya diajarkan, dan

(iv) Masjlis dakwah atau tazkirah, di mana seseorang memberi nasihat dan peringatan kepada para hadirin tentang ketaqwaan kepada Allah, kepentingan Sunnah Rasulullah , seruan kepada akhlak-akhlak yang baik serta menyintai akhirat dan membuat persiapan baginya.

Namun begitu, istilah “Majlis Zikir” pada kebiasaannya digunakan untuk merujuk kepada “Majlis Zikir” dengan makna yang khusus (makna pertama). Terdapat empat majlis zikir yang tersebar dan diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat Islam di Malaysia, khususnya di masjid dan surau iaitu:

(i) Zikir berjemaah selepas solat fardu,

(ii) Majlis Tahlil,

(iii) Majlis bacaan Yasin, khususnya pada malam Jumaat di antara Maghrib dan Isyak, di masjid dan surau,

(iv) Majlis Mawlid Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Dan pada waktu ini, amalan membaca Al-Quran secara berjemaah mula bertambah bagi surah-surah yang lain seperti Surah al-Mulk dan Surah al-Kahfi di sebahagian masjid dan surau.

Alhamdulillah “Segala pujian hanyalah bagi Allah”

Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Amalan Para Ulama’ (2024)

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/935490785029440

0 Comment "Hikmah dan Kebijaksaan Para Ulama’ Melayu: Amalan “Majlis Zikir” Selepas Solat Fardu <<<<< >>>>> Majlis Zikrullah Di Masjid-Ma..."

Post a Comment

Thank you for your comments