Menolak Naratif Fitnah Berkenaan Pendirian al-Imām al-Shāfiʿī Berkenaan Zikir Jahar Selepas Solat Fardu
<<<<< >>>>>
Sebahagian golongan ekstrim cuba membuat naratif palsu terhadap pandangan al-Imām al-Shāfiʿī berkenaan zikir jahar (dengan mengangkat suara) yang tidak mufriṭ (melampau) atau mu’dzī (menyakitkan/mengganggu) selepas solat fardu. Mereka menggambarkan bahawa al-Imām al-Shāfiʿī melarang zikir dengan jahar selepas solat fardu secara mutlak dan hanya membenarkan zikir secara sirr atau perlahan. Naratif palsu ini terdapat di dalam di YouTube oleh sebahagian golongan Wahhabi sejak sekian lama.
Dakwaan sebegini pada hakikatnya adalah satu fitnah dan naratif palsu yang cuba menakut-nakutkan masyarakat Islam dari mengamalkan zikir secara berjemaah dan jahar serta tersusun yang diwarisi daripada sebahagian para ulama’ Ahli Sunnah Wal Jama’ah terdahulu, yang mendidik masyarakat dengan zikrullah selepas solat fardu. Al-Imām al-Shāfiʿī dalam kitabnya “al-Umm” dengan jelas menyebut bahawa zikir sirr atau jahar selepas solat kedua-duanya adalah ḥasan (baik).
Setelah al-Imām al-Shāfiʿī menukilkan riwayat daripada Saidina ‘Abdullāh Ibnu ʿAbbās رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا berkenaan zikrullah (takbīr) secara jahar pada zaman Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ selepas solat fardu dan riwayat daripada Saidina ʿAbdullah Ibnu al-Zubayr رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا berkenaan perbuatan Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ membaca tahlīl kāmil dengan mengangkat suara (al-ṣawt al-aʿlā) selepas solat, beliau berkata (al-Umm, Jil. 1/8, hal. 150):
وَهَذَا مِنَ الْمـُبَاحِ لِلْإِمَامِ وَغَيْرِ الْمـَأْمُومِ، وَأَيُّ إِمَامٍ ذَكَرَ اللهُ بِمَا وَصَفْتُ جَهْرًا، أَوْ سِرًّا، أَوْ بِغَيْرِهِ فَحَسَنٌ
“Dan ini (zikir jahar/ mengangkat suara) adalah dari perkara yang harus bagi imam dan selain makmum. Dan mana-mana imam yang berzikir kepada Allah dengan zikir yang telah aku sebutkan [sama ada] dengan jahar, atau sirr (perlahan), atau dengan [zikrullah] selainnya, maka ia adalah ḥasan (baik).”
Kemudian beliau memperincikan pandangan pilihan (ikhtiar) beliau di dalam perkara ini.
Ini bermakna bahawa perbezaan di antara jahar dan sirr dalam isu zikrullah selepas solat ini adalah perbezaan di antara ḥasan dan aḥsan (baik dan lebih baik) atau “fāḍil” dan “afḍal” berdasarkan konteks dan keadaan, dan bukanlah perbezaan di antara “sunnah” dan “bid’ah” atau “baik” dan “buruk” sepertimana yang cuba digambarkan oleh sebahagian golongan ekstrim.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/932046172040568
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Menolak Naratif Fitnah Berkenaan Pendirian al-Imām al-Shāfiʿī Berkenaan Zikir Jahar Selepas Solat Fardu
<<<<< >>>>>
Sebahagian...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Menolak Naratif Fitnah Berkenaan Pendirian al-Imām al-Shāfiʿī Berkenaan Zikir Jahar Selepas Solat Fardu <<<<< >>>>> Sebahagian..."
Post a Comment