[a] Para Malaikat Mendoakan Rahmat Dan Keampunan Bagi Seseorang Yang Masih Berada Di Tempat Solatnya [Selepas Solat Fardu] Dan Tidak Berhadas
[b] Orang Yang Menunggu Solat Fardu Di Masjid/ Surau Dikira Seperti Sedang Bersolat
<<<<< >>>>>
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:
الْمـَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ مَا لَمْ يُحْدِثْ: اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اَللّٰهُمَّ ارْحَمْهُ، لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا دَامَتِ الصَّلَاةُ تَحْبِسُهُ، لَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْقَلِبَ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا الصَّلَاةُ
Daripada Abū Hurayrah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau meriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:
“Para malaikat itu sentiasa berselawat (mendoakan keampunan) bagi seseorang daripada kamu, selama mana dia masih berada di tempat dia melakukan solat [fardu]nya, [dan] selama mana dia belum berhadas (dalam keadaan berwuduk). [Para malaikat berdoa]:
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لَهُ، اَللّٰهُمَّ ارْحَمْهُ
“Ya Allah, ampunilah dia. Ya Allah, rahmatilah dia.”
Dan seseorang daripada kamu itu [dikira/diberi ganjaran seperti] masih berada di dalam solat selama mana solat jualah yang menghalangnya; [maksudnya] tidak ada yang menghalangnya untuk pulang kepada ahli keluarganya [setelah selesai solat di masjid] melainkan solat [fardu yang seterusnya].”
T: (al-Bukhārī (256H): Ṣaḥīḥ al-Bukhārī), No. 176 & 659 [Lafaz di atas]; (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 662 & 663 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ].
Nota:
Hadis ini menjadi dalil yang jelas bahawa seseorang itu disunatkan berada di tempat solatnya selepas melaksanakan solat fardu dan tidak tergesa-gesa meninggalkannya.
Dan disunatkan bagi orang telah melakukan solat secara bersendirian dan makmum untuk MEMANJANGKAN zikir selepas solat fardu dan memperbanyakkan doa selepasnya kerana ia merupakan waktu doa yang mustajab.
Al-Imām al-Mujaddid [Kurun Ke-2] al-Shāfiʿī (w.204H) menyebut di dalam kitabnya “al-Umm” (Jil. 1, hal. 151):
وَأَسْتَحِبُّ لِلْمُصَلِّى مُنْفَرِدًا وَلِلْمَأْمُومِ أَنْ يُطِيلَ الذِّكْرَ بَعْدَ الصَّلَاةِ وَيُكْثِرَ الدُّعَاءَ رَجَاءَ الْإِجَابَةِ بَعْدَ الْمـَكْتُوبَةِ
“Dan aku suka (memandang ia sebagai sunat) bagi orang yang bersolat secara bersendirian atau sebagai makmum untuk MEMANJANGKAN zikir selepas solat [fardu] dan memperbanyakkan doa dengan harapan agar diperkenankan [oleh Allah] selepas solat fardu.”
Ini bermakna seseorang menyibukkan dirinya dengan zikrullah dalam keadaan berwuduk selepas mengerjakan solat fardu dan menunggu untuk melakukan solat fardu yang seterusnya, maka dia mendapat tiga sekurang-kurangnya (3) pahala:
[1] Pahala melakukan zikrullah [dan doa juga adalah satu bentuk zikrullah].
[2] Pahala menunggu solat fardu, iaitu: diberi pahala seperti sedang melakukan solat.
[3] Doa rahmat dah keampunan daripada para malaikat yang tidak diketahui bilangannya melainkan Allah.
Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Amalan Para Ulama’ (2024)
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/935452591699926
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
[a] Para Malaikat Mendoakan Rahmat Dan Keampunan Bagi Seseorang Yang Masih Berada Di Tempat Solatnya [Selepas Solat Fardu] Dan T...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "[a] Para Malaikat Mendoakan Rahmat Dan Keampunan Bagi Seseorang Yang Masih Berada Di Tempat Solatnya [Selepas Solat Fardu] Dan T..."
Post a Comment