Pandangan Muktamad Mazhab Hanbali:
Disunatkan Pembacaan Al-Quran di sisi Kubur
- bertentangan dengan fatwa "utara"
<<<<< >>>>>
Al-Imam Abū al-Saʿādāt Manṣūr bin Yūnus al-Buhūtī al-Ḥanbalī al-Miṣrī al-Qāhirī (w.1051H) berkata di dalam kitabnya “Kashshāf al-Qināʿ ʿan Matn al-Iqnāʿ”, Jil. 4, hal. 234-235:
(ولا تكره القراءة على القبر، و) لا (في المقبرة، بل تستحب) لما روى أنس مرفوعا قال: "من دخل المقابر فقرأ فيها يس، خفف الله عنهم يومئذ، وكان له بعددهم حنسات"، وصح عن ابن عمر أنه أوصى إذا دفن أن يقرأ عنده بفاتحة البقرة وخاتمتها. ولهذا رجع أحمد عن الكراهة. قاله أبو بكر. لكن قال السامري: يستحب أن يقرأ عند رأس القبر بفاتحة البقرة، وعند رجليه بخاتمها
“(Dan tidak dimakruhkan pembacaan Al-Quran ke atas kubur) dan tidak juga (di tanah perkuburan, bahkan ianya disunatkan) berdasarkan riwayat Anas رَضِيَ اللهُ عَنْهُ secara marfūʿ bahawa beliau berkata:
“Barang siapa yang memasuki tanah perkuburan, lalu dia membaca surah Yāsīn padanya, maka Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى akan meringankan azab penduduk kubur tersebut pada hari tersebut dan baginya pahala kebajikan sebanyak bilangan penduduk kubur di situ.”
Dan telah datang riwayat yang sahih daripada ʿAbdullāh Ibnu ʿUmar رَضِيَ اللهُ عَنْهَا bahawa beliau telah mewasiatkan agar dibacakan di sisi [kubur]nya pembuka (bahagian awal) surah al-Baqarah dan penutupnya ketika beliau dikebumikan.
Maka oleh kerana inilah, maka [Imam] Ahmad [bin Hanbal] menarik semula kenyataannya tentang makruh membaca Al-Quran di perkuburan. Perkara ini telah dinyatakan oleh [al-Ḥāfiẓ] Abū Bakr [al-Khallāl al-Ḥanbali].
Al-Sāmiri pula berkata:
Disunatkan untuk dibaca di sisi kepala kubur [orang yang telah wafat] dengan pembuka [surah] al-Baqarah dan di sisi kedua kakinya dengan penutup al-Baqarah.”
PENUNTUT ILMU - Album Imam Ahmad dan Mazhab Hanbali
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/942153151029870
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Pandangan Muktamad Mazhab Hanbali:
Disunatkan Pembacaan Al-Quran di sisi Kubur
- bertentangan dengan fatwa "utara"
<<<<< >>...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Pandangan Muktamad Mazhab Hanbali: Disunatkan Pembacaan Al-Quran di sisi Kubur - bertentangan dengan fatwa "utara" <<<<< >>..."
Post a Comment