Menyapu Dahi Sambil Berzikir dan Berdoa Selepas Mengerjakan Solat
<<<<< >>>>>
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ:
كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَضَى صَلَاتَهُ مَسَحَ جَبْهَتَهُ بِيَدِهِ الْيُمْنَى، ثُمَّ قَالَ: (( أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ، اَللّٰهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ ))
Daripada Anas bin Mālik رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:
Apabila Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ selesai mengerjakan solat, Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ menyapu dahi Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang mulia dengan tangan kanan Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang mulia, dan kemudiannya Baginda صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ mengucapkan:
أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلٰهَ إِلَّا اللهُ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ، اَللّٰهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ
[a] “Aku bersaksi bahawa sesungguhnya Tiada tuhan [yang berhak disembah] melainkan Allah, Yang Maha Pemurah (Luas Rahmat-Nya), lagi Maha Mengasihani (Mengkhususkan Rahmat-Nya bagi Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya).
Ya Allah, hilangkanlah daripada diriku kerisauan [bagi perkara yang akan datang] dan kesedihan [bagi perkara yang telah lalu].”
T: (Ibn al-Sunnī (364H): ʿAmal al-Yawm wa al-Laylah), No. 113 [Lafaz di atas] [Pada sanadnya Salām al-Madā’inī dan Zayd al-ʿAmmī]; (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Awsaṭ), No. 2499 dan beliau berkata: (لَمْ يَرْوِ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ مُعَاوِيَةَ إِلا يَزِيدُ، تَفَرَّدَ بِهِ: سَلامٌ) & 3178; (al-Ṭabarānī (360H): al-Duʿā'), No. 658 & 659; (Abū Nuʿaym al-Asbahānī (430H): Ḥilyat al-Awliyāʾ wa Ṭabaqāt al-Aṣfiyāʾ), No. 2570; (Abū Nuʿaym al-Aṣbahānī (430H): Akhbār Asbahān), No. 1653; (al-Khaṭīb al-Baghdādī (463H): Tārīkh Baghdād), No. 4313; (al-Shajarī (499H): al-Amālī al-Khamīsiyyah), No. 828 & (al-Haythamī (807H): Kashf al-Astār ʿan Zawāʾid al-Bazzār), No. 3098. [Status: Ḍaʿīf - yang boleh diamalkan]
Shaykh al-Islām al-Imām al-Nawawī (w.676H) telah menukilkan riwayat al-Imām Ibnu al-Sunnī (w.364H) ini di dalam kitabnya “Al-Adzkār al-Nawawiyyah” di bawah tajuk “Zikir-zikir Selepas Solat”, No. 193, hal. 73, cetakan Dār al-Fikr (1994).
[b] Lafaz zikir dan doanya di dalam riwayat al-Ṭabarānī (w.360H), Abū Nuʿaym al-Aṣbahānī (w.430H): al-Ḥilyah, al-Khaṭīb al-Baghdādī (w.463H) dan al-Shajarī (w.499H) ialah:
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنُ الرَّحِيمُ، اَللّٰهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْغَمَّ وَالْحَزَنَ
“Dengan nama Allah yang tiada tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang Maha Pemurah (Luas Rahmat-Nya), lagi Maha Mengasihani (Mengkhususkan Rahmat-Nya bagi Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya).
Ya Allah, hilangkanlah daripada diriku kebimbangan kerisauan [bagi perkara yang akan datang] dan kesedihan [bagi perkara yang telah lalu].”
[c] Dan lafaz zikir dan doanya di dalam riwayat al-Ḥaythamī (w.807) ialah:
بِسْمِ اللهِ لَا إِلٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيمِ، أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ
“Dengan nama Allah, tiada tuhan [yang berhak disembah] melainkan Dia, Yang Maha Pemurah (Luas Rahmat-Nya), lagi Maha Mengasihani (Mengkhususkan Rahmat-Nya bagi Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya).
Ya Allah, hilangkanlah daripada diriku kebimbangan kerisauan [bagi perkara yang akan datang] dan kesedihan [bagi perkara yang telah lalu].”
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/936581554920363
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Menyapu Dahi Sambil Berzikir dan Berdoa Selepas Mengerjakan Solat
<<<<< >>>>>
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Menyapu Dahi Sambil Berzikir dan Berdoa Selepas Mengerjakan Solat <<<<< >>>>> عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَ..."
Post a Comment