Malam Jumaat + Malam Ganjil di Sepuluh Terakhir Ramadan
Malam ini (4 + 5 April 2024) - Malam Jumaat + Malam Ke-25 Ramadan 1445 Hijrah
<<<<< >>>>>
Sebahagian ulama’ berpandangan bahawa malam Jumaat yang berlaku pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadan [jika berlaku], maka ia adalah malam yang paling diharapkan untuk menjadi malam Lailatul Qadar.
Al-Imām al-Ḥāfiẓ Ibnu Rajab al-Ḥanbalī menukilkan riwayat di dalam kitabnya “Laṭā’if al-Maʿārif” [hal. 203] daripada al-Wazīr al-Imām al-ʿĀlim al-ʿĀdil Abū al-Muẓaffar Ibnu Hubayrah al-Shaybānī al-Ḥanbalī bahawa:
أنه رأى ليلة سبع وعشرين وكانت ليلة جمعة بابا في السماء مفتوحا شامي الكعبة قال: فظننته حيال الحجرة النبوية المقدسة قال: ولم يزل كذلك إلى أن التفت إلى المشرق لأنظر طلوع الفجر ثم التفت إليه فوجدته قد غاب
“Sesungguhnya beliau telah melihat pada malam kedua puluh tujuh (27) Ramadan, dan ia juga malam Jumaat, satu pintu terbuka di langit di arah Syam (Utara) Kaʿbah.
Beliau berkata: "Dan aku merasakan bahawa ia berhadapan dengan bilik [maqam] Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ yang suci [di Madinah al-Munawwarah]. Dan pintu di langit itu kekal terbuka sehinggalah aku melihat ke arah Timur untuk melihat terbitnya fajar, kemudian aku berpaling untuk melihatnya, maka aku mendapatinya telah hilang.”
Beliau pun berkata:
وإن وقع في ليلة من أوتار العشر ليلة جمعة فهي أرجى من غيرها
“Dan sekirannya ia (malam Jumaat) berlaku pada salah satu malam dari malam-malam ganjil [di sepuluh terakhir Ramadan], maka ia adalah malam yang paling diharapkan berbanding malam-malam yang lain [untuk menjadi malam Lailatul Qadar].”
Al-Imām ʿAbdullāh bin ʿAlawī al-Ḥaddād juga diriwayatkan berkata:
إذا كانت ليلة الجمعة ليلة الوتر فهي أحرى بأن تكون ليلة القدر
“Apabila malam Jumaat juga adalah merupakan malam ganjil [di sepuluh terakhir Ramadan], maka ia adalah malam yang paling layak untuk menjadi malam Lailatul Qadar.”
Pandangan yang sama juga dinukilkan daripada al-Imām al-ʿĀrif Abū al-Ḥasan al-Shādzulī dan Sheikh Ibnu Taymiyyah al-Ḥanbalī.
Ini adalah kerana malam Jumaat yang jatuh pada malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadan menghimpunkan tiga kelebihan berikut:
[1] Kelebihan malam Jumaat.
[2] Kelebihan malam sepuluh terakhir Ramadan: Sepuluh malam terbaik sepanjang tahun.
[3] Kelebihan malam-malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan yang paling diharapkan untuk menjadi malam Lailatul Qadar di sisi kebanyakan para ulama’ berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang pelbagai.
Bahkan, menurut kebanyakan ulama’ Sirah, malam peperangan Badar pada tahun kedua Hijrah juga berlaku pada malam Jumaat tetapi pada malam ketujuh belas (17) Ramadan. Ia adalah sebuah malam yang penuh dengan kemuliaan di bulan Ramadan.
Oleh kerana itu, sebahagian para ulama’ dan mashāyīkh menyatakan bahawa malam Jumaat yang jatuh pada malam-malam ganjil di sepuluh terakhir Ramadan sangat layak diambil berat bagi ibadah qiyām Ramadan.
Sekiranya ia bukan malam Lailatul Qadar pun, maka ia tetap mempunyai kelebihan yang tinggi berbanding malam-malam yang lain [yang bukan Lailatu Qadar] kerana terhimpun padanya beberapa kelebihan dan fadilat.
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/930190062226179
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Malam Jumaat + Malam Ganjil di Sepuluh Terakhir Ramadan
Malam ini (4 + 5 April 2024) - Malam Jumaat + Malam Ke-25 Ramadan 1445...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Malam Jumaat + Malam Ganjil di Sepuluh Terakhir Ramadan Malam ini (4 + 5 April 2024) - Malam Jumaat + Malam Ke-25 Ramadan 1445..."
Post a Comment