Doa Selepas Solat adalah Mustajab Apabila Dilaksanakan dengan Adab-Adabnya
<<<<< >>>>>
عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، قَالَ:
بَيْنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَاعِدًا إِذْ دَخَلَ رَجُلٌ فَصَلَّى، فَقَالَ: اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: عَجِلْتَ أَيُّهَا الْمـُصَلِّي، إِذَا صَلَّيْتَ فَقَعَدْتَ فَاحْمَدِ اللهَ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، وَصَلِّ عَلَيَّ ثُمَّ ادْعُهُ ، قَالَ: ثُمَّ صَلَّى رَجُلٌ آخَرُ بَعْدَ ذَلِكَ، فَحَمِدَ اللهَ وَصَلَّى عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّهَا الْمُصَلِّي، ادْعُ تُجَبْ
Daripada Faḍālah bin ʿUbayd رَضِيَ اللهُ عَنْهُ, beliau berkata:
Ketika Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ sedang duduk bersama kami, seorang lelaki telah masuk dan mengerjakan solat. Setelah bersolat lelaki itu [berdoa dengan] berkata:
اَللّٰهُمَّ اغْفِرْ لِي وَارْحَمْنِي
”Ya Allah, berilah keampunan bagiku dan rahmatilah daku.”
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersada: ”Kamu tergesa-gesa, wahai muṣallī (orang yang telah melaksanakan solat). Apabila engkau telah selesai bersolat, kemudian engkau duduk [untuk berdoa]. Maka pujilah Allah dengan pujian yang berhak/layak untuk-Nya, dan kemudian berselawatlah ke atas daku. Kemudian, berdoalah.”
Kemudian, ada seorang lelaki yang lain pula datang bersolat. Setelah selesai solat, beliau pun memuji Allah dan berselawat ke atas Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ pun bersabda: ”Wahai muṣallī, berdoalah, engkau pasti akan diperkenankan.”
T: (al-Tirmidzī (279H): al-Jāmiʿ al-Kabīr (Sunan al-Tirmidzī)), No. 3476 [Lafaz di atas] dan beliau berkata: (وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ) & 3477; (Abū Dāwud (275H): Sunan Abī Dāwud), No. 1481; (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 1284; (Aḥmad (241H): al-Musnad), No. 23418; (Ibn Khuzaymah (311H): Ṣaḥīḥ Ibn Khuzaymah), No. 686 & 687; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 1960 [Status: Ḥasan atau Ḥasan li ghayrih]
Nota:
Hadis di atas menjadi dalil bahawa doa dianjurkan selepas melaksanakan solat, bahkan ia adalah waktu mustajab jika dilakukan dengan adab-adab yang betul.
[a] Pensyariatan doa di dalam solat dan [b] pensyariatan doa selepas solat adalah dua perkara yang berbeza dan kedua-duanya dituntut dan dianjurkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Hakikat ini bertentangan dengan dakwaan sebahagian golongan ekstrim (W) bahawa doa tidak perlu dilakukan selepas solat kerana doa telah dilakukan di dalam solat.
Kitab: Zikrullah Selepas Solat Fardu: Sunnah Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ dan Amalan Para Ulama’ (2024)
PENUNTUT ILMU
(Feed generated with FetchRSS)
source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/940562687855583
Home
Penerangan Dalil dari Ustaz Abdullaah Jalil USIM
Doa Selepas Solat adalah Mustajab Apabila Dilaksanakan dengan Adab-Adabnya
<<<<< >>>>>
عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ رَضِيَ ال...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comment "Doa Selepas Solat adalah Mustajab Apabila Dilaksanakan dengan Adab-Adabnya <<<<< >>>>> عَنْ فَضَالَةَ بْنِ عُبَيْدٍ رَضِيَ ال..."
Post a Comment