Al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal (w.241H) dan Pandangan Beliau Tentang Kelayakan Berijtihad dan Berfatwa <<<<< >>>>> Al-ʿAllāmah Badr ...

Al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal (w.241H) dan Pandangan Beliau Tentang Kelayakan Berijtihad dan Berfatwa

<<<<< >>>>>

Al-ʿAllāmah Badr al-Dīn Muḥammad al-Shawkānī (w.1250H) menukilkan di dalam kitabnya “Irshād al-Fuḥūl ilā Taḥqīq al-Ḥaqq min ʿIlm al-Uṣūl”, Jil. 2, hal. 207 bahawa:

وَقَالَ أَبُو عَلِيٍّ الضَّرِيرُ : قُلْتُ لِأَحْمَدَ بْنِ حَنْبَلٍ : كَمْ يَكْفِي الرَّجُلَ مِنَ الْحـَدِيثِ حَتَّى يُمْكِنَهُ أَنْ يُفْتِيَ ، يَكْفِيهِ مِائَةُ أَلْفٍ ؟ قَالَ : لَا. قُلْتُ : مِائَتَا أَلْفٍ ؟ قَالَ : لَا. قُلْتُ : ثَلَاثُمِائَةِ أَلْفٍ ؟ قَالَ : لَا. قُلْتُ : أَرْبَعُمِائَةِ أَلْفٍ ؟ قَالَ : لَا. قُلْتُ : خَمْسُمِائَةِ أَلْفٍ ؟ قَالَ : أَرْجُو .

Dan [al-Imām al-Ḥāfiẓ] Abū ʿAlī al-Ḍarīr berkata:

Aku berkata kepada [Amīr al-Muʾminīn fī al-Ḥadīth al-Imām al-Mujtahid] Aḥmad bin Ḥanbal: “Berapakah bilangan hadis yang mencukupi bagi seorang lelaki itu untuk membolehkan beliau berfatwa: adakah seratus ribu (100,000) [hadis] mencukupi?.”

Beliau menjawab: “Tidak.”

Aku berkata: “Dua ratus ribu (200,000) [hadis]?.”

Beliau menjawab: “Tidak.”

Aku berkata: “Tiga ratus ribu (300,000) [hadis]?.”

Beliau menjawab: “Tidak.”

Aku berkata lagi: “Empat ratus ribu (400,000) [hadis]?.”

Beliau menjawab: “Tidak.”

Aku berkata: “Lima ratus ribu (500,000) [hadis]?.”

Beliau menjawab: “Aku berharap [agar dia mampu berfatwa dengan jumlah sebanyak itu].”

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/941217531123432

0 Comment "Al-Imām Aḥmad bin Ḥanbal (w.241H) dan Pandangan Beliau Tentang Kelayakan Berijtihad dan Berfatwa <<<<< >>>>> Al-ʿAllāmah Badr ..."

Post a Comment

Thank you for your comments