Kaedah Wuduk (Air) Yang Diajarkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bagi Mengubati Penyakit Ain <<<<< >>>>> عَنْ...

Kaedah Wuduk (Air) Yang Diajarkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bagi Mengubati Penyakit Ain

<<<<< >>>>>

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

اَلْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ، وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا

Daripada Saidina ʿAbdullāh Ibnu ʿAbbās رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا, beliau meriwayatkan bahawa Baginda Nabi صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda:

“Sesungguhnya [mudarat] ain itu benar.

Dan sekiranya ada sesuatu yang mendahului qadar (ketentuan) Allah, maka ain [yang memudaratkan] akan mendahuluinya [1].

Dan apabila kalian (ʿāʾin: penyebab ain) diminta untuk mandi (iaitu berwuduk [2] ), maka mandilah (berwuduklah) [3].”

T: (Muslim (261H): al-Jāmiʿ al-Ṣaḥīḥ / Ṣaḥīḥ Muslim), No. 2191 [Lafaz di atas]; (Ibn Ḥibbān (354H): Ṣaḥīḥ Ibn Ḥibbān), No. 6107; (al-Nasāʿī (303H): al-Sunan al-Sughrā / al-Mujtabā min al-Sunan), No. 7573; (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Saghīr), No. 4293; (al-Bayhaqī (458H): al-Sunan al-Kubrā), No. 18049; (al-Ṭabarānī (360H): al-Muʿjam al-Kabīr), No. 10905 dan lain-lain. [Status: Ṣaḥīḥ]

Nota:

[1] Hakikat perbuatan memudaratkan tetap hanya berlaku/wujud dengan perbuatan Allah dan kehendak-Nya, ain hanyalah sebab bagi mudarat tersebut.

[2] Sepertimana di dalam riwayat al-Muwaṭṭaʾ: [i] al-ʿā’in ialah ʿĀmir bin Rabīʿah رَضِيَ اللهُ عَنْهُ dan [ii] al-maʿīn ialah Sahl bin Ḥunayf رَضِيَ اللهُ عَنْهُ.

[3] Kerana bekas air wuduk al-ʿā’in digunakan untuk penyembuhan al-maʿīn: orang yang terkena musibah ain.

PENUNTUT ILMU



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/944949954083523

0 Comment "Kaedah Wuduk (Air) Yang Diajarkan oleh Rasulullah صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Bagi Mengubati Penyakit Ain <<<<< >>>>> عَنْ..."

Post a Comment

Thank you for your comments