Perbezaan Pandangan Fuqaha’ Berkenaan Kewajipan Umrah <<<<< >>>>> Para fuqaha’ berbeza pandangan berkenaan dengan kewajipan u...

Perbezaan Pandangan Fuqaha’ Berkenaan Kewajipan Umrah

<<<<< >>>>>

Para fuqaha’ berbeza pandangan berkenaan dengan kewajipan umrah:

“adakah ia juga merupakan kewajipan sekali seumur hidup seperti haji ataupun tidak?.”

Terdapat tiga (3) pandangan para fuqaha’ di dalam masalah ini seperti berikut:

Pandangan Pertama:

Ulama’ Shāfiʿiyyah dan Ḥanābilah berpandangan bahawa umrah juga wajib/fardu seperti haji di mana kewajipannya adalah sekali seumur hidup ke atas orang yang mampu melakukannya.

Pandangan Kedua:

Para ulama’ Ḥanafiyyah dan Mālikiyyah pula berpandangan bahawa umrah adalah sunat mu’akkad sekali seumur hidup bagi mereka yang mampu melakukannya dan bukan merupakan satu kefarduan.

Pandangan Ketiga:

Sebahagian ulama’ Ḥanafiyyah pula berpandangan bahawa umrah adalah wajib sekali seumur hidup berdasarkan definisi mereka berkenaan “wājib”. [Ulama’ Ḥanafiyyah membezakan di antara istilah fardu dan wajib di sisi mereka].

PENUNTUT ILMU
MUZAKARAH HAJI UMRAH DAN ZIARAH



(Feed generated with FetchRSS)

source https://www.facebook.com/680496500528871/posts/949387996973052

0 Comment "Perbezaan Pandangan Fuqaha’ Berkenaan Kewajipan Umrah <<<<< >>>>> Para fuqaha’ berbeza pandangan berkenaan dengan kewajipan u..."

Post a Comment

Thank you for your comments